Connect with us

Oh! Media

Lagi Pesaing Ysuku, WMoto F-15 Ada USB Port Dan Dijual Bawah RM6k?

Ca5bd73b 969a 436a a656 f3bc9d553807

Oh! Gear

Lagi Pesaing Ysuku, WMoto F-15 Ada USB Port Dan Dijual Bawah RM6k?

Korang rasa harga Yamaha Y15zr dan Honda RS-X terlalu mahal? Ini dia pesaing mereka yang baru saja dilancarkan MForce Bike Holdings iaitu WMoto F-15 (2022).

BACA : Pesaing Ysuku, Honda RS-X Dilancarkan Dengan Harga RM8.6k

Menurut laporan Pandu Laju, terdapat tiga pilihan warna yang ditawarkan untuk motosikal ini iaitu hijau, biru dan turqoise. Haa, mana satu yang kena dengan citarasa korang?

IKLAN
405fa3e9 7ffd 42bc 9c0f b078e94ae3d4

WMoto F-15 ini dikuasakan dengan enjin Euro4 4-lejang SOHC 149.2cc yang mampu menghasilkan 10.5hp dan tork 11Nm. Ia didatangkan dengan klac manual 5-kelajuan sama seperti Ysuku.

5954b459 a948 4012 b638 136884994f9f

Design lampu hadapan yang turut mempunyai lampu siang (DRL) LED pada fairing dada membuat motosikal ini nampak lebih garang. Menariknya, terdapat USB port untuk korang cas telefon bimbit dan sebagainya. Ciri ini amatlah memudahkan pengguna, tambah lagi bagi mereka yang bekerja sebagai penghantar makanan.

99362b35 07ba 4d87 8a02 632b741d8fff

Panel meter motosikal ini menggunakan paparan analog dan digital yang memaparkan pelbagai maklumat termasuklah baki bateri motosikal tersebut. Memang terbaik!

8abd5006 d540 49f1 a4a2 e04766a63cdb

WMoto F-15 hadir dengan waranti dua tahun atau jarak perjalanan 20,000km. Nak tahu harga? Ianya dijual hanya RM5,999 sahaja tidak termasuk insurans, cukai jalan dan pendaftaran. Apa pandangan korang?

Kredit: Pandu Laju

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Gear

Ke Atas