Connect with us

Oh! Media

Kereta Di Afrika Selatan Boleh Pasang Penyembur Api? Ini Sebabnya..

Oh! Gear

Kereta Di Afrika Selatan Boleh Pasang Penyembur Api? Ini Sebabnya..

Korang tahu tak yang jenayah keganasan seperti kes pembunuhan, serangan fizikal, rogol dan kecurian kereta pernah naik mendadak dekat Afrika Selatan pada tahun 1990-an dulu? Sebagai salah satu cara untuk mengatasinya, Charl Fourie yang merupakan pereka tempatan di sana telah menghasilkan BMW Flamethrower. 

ADVERTISEMENT

Fungsi BMW Flamethrower atau nama lainnya Blaster adalah mekanisme untuk menyerang sekumpulan perompak yang cuba mencuri kereta tersebut ketika sedang berhenti di jalan raya. Pergh! Memang hanguslah kan perompak tu. Flamethrower yang dipasang dekat bawah pintu kereta tu akan menyembur api yang boleh pergi sejauh 5 meter ke arah perompak sekiranya pemandu menekan suis yang tersedia.

Dekat Afrika Selatan masa tu memang undang-undang bagi mangsa guna senjata api demi nak selamatkan diri sekiranya nyawa mereka terancam. So, tak peliklah kenapa Blaster ni tak dihalang dekat sana. 

Walaubagaimanapun, mekanisme yang dibuat Fourie ini telahpun mencetuskan kontroversi dan buatkan ramai risau. Perompak ni kan bijak gais! Bila mereka dah tahu fungsi mekanisme tu, mesti mereka akan fikir cara lain. Mungkin nanti mereka akan tembak dulu pemilik kereta sebelum mencurinya, betul tak?

Tapi sekarang ni Blaster ni dah tak dijual lagi disebabkan harganya yang sangat mahal waktu tu dan tidak terjual dengan banyak. Akhirnya, Fourie buat keputusan untuk menarik balik mekanisme itu pada tahun 2001.

Kredit: Pandu Laju

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Gear

Ke Atas