Connect with us

Oh! Media

Ini Harga Rasmi Nissan Almera Terbaru Yang Didatangkan Dengan 3 Variasi

7ff6a112 d031 44cd b282 60dd2dc74686

Oh! Gear

Ini Harga Rasmi Nissan Almera Terbaru Yang Didatangkan Dengan 3 Variasi

Menurut laporan Harian Metro, harga Nissan Almera Turbo baharu telah diumumkan secara rasminya oleh pengedar Nissan di Malaysia iaitu Edaran Tan Chong Motor hari ini gais. Nissan Almera terbaru ini didatangkan dengan tiga pilihan variasi iaitu VL, VLP dan VLT.

Sepertimana yang semua diberitahu, ia dikuasakan dengan enjin 1.0 liter Turbo dengan tork 152Nm. Untuk kotak gear, Nissan Almera ini dilengkapi dengan X-Tronic CVT yang menyokong mod sport. 

Bukan tu jer, minyak Nissan Almera ini juga dikatakan lebih efisien dan mampu berjalan sehingga 18.4 kilometer per liter. Pergh! Laju tu dah laju dah, minyak pulak tak berapa nak makan. Memang padu betul Nissan Almera ni.

IKLAN

Banyak juga sistem keselamatan yang ditawarkan seperti Kawalan Dinamik Kenderaan (VDC), Sistem Kawalan Cengkaman (TCS), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Agihan Kuasa Brek Elektronik (EBD), Bantuan Brek (BA), Bantuan Mula Mendaki (Hill Start Assist, HSA), beg keselamatan SRS dan Isofix.

Bagi sesiapa yang berminat, Nissan Almera Turbo ini akan dijual di Malaysia pada harga bermula RM79,906 bagi variasi VL, RM85,715 untuk VLP dan RM 91,310 bagi yang VLT secara on the road tanpa insurans. Korang rasa berbaloi tak untuk dapatkan sebuah Nissan Almera baru ni? 

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca harga rasmi Nissan Almera terbaru di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Gear

Ke Atas