Connect with us

Oh! Media

Dua Stesen LRT 3 Di Shah Alam Dijangka Bakal Siap Tahun Depan

Ohmedia  Lrt

Oh! Gear

Dua Stesen LRT 3 Di Shah Alam Dijangka Bakal Siap Tahun Depan

Bermula tahun depan, dua stesen projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) di Shah Alam dijangka bakal siap dan menjadi mod pengangkutan awam baharu di bandar raya itu.

Datuk Bandar Shah Alam, Dr Nor Fuad Abdul Hamid berkata, dua stesen LRT tersebut ialah stesen Persiaran Datuk Menteri dan Stadium Shah Alam.

Kita bangunkan ekosistem perancangan bandar iaitu Pembangunan Berorientasikan Transit (TOD) dalam persekitaran kawasan LRT tersebut. Kita akan menggalakkan penggunaan kenderaan mikro mobiliti (skuter elektrik).

MBSA juga mendapatkan geran Kerajaan Negeri dan Persekutuan bagi menjayakan pelan TOD tersebut,” katanya selepas Persidangan Antarabangsa Eastern Asia Society For Transportation Studies (EASTS) ke-15.

Menurut Nor Fuad, geran itu didapati daripada Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) untuk menghasilkan kecerdasan buatan (AI) dalam aspek jalan raya.

IKLAN

Tambahan, Nor Fuad turut berkata laluan sepanjang 500km berjaya diselesaikan AI daripada 2,000km jalan raya perbandaran Shah Alam.

Klglrt040723 14

Bagi laluan basikal dan skuter elektrik pula ketika ini adalah sejauh 20km sebelum dipanjangkan kepada 58km pada masa depan.

Kita menggalakkan penggunaan kenderaan mikro mobiliti dalam kalangan warga emas dengan kajian pada 2020 menunjukkan 6.9 peratus penduduk Shah Alam ialah warga emas berusia 65 tahun.

BACA: Penumpang LRT Selamba Letak Beg Atas Seat Kosong, Bila Pandang Buat Tak Tahu

Terdahulu, viral satu video TikTok mengenai seorang penumpang merakam gelagat penumpang lain yang tanpa rasa bersalah meletakkan beg membeli belah di sebelahnya sedangkan ketika itu LRT penuh.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nini Hashim
Nini Hashim, bekas penulis separuh masa di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu trending dan hiburan, menjadikan setiap penulisannya segar dan menghiburkan pembaca.
  • Klglrt040723 14
  • Ohmedia  Lrt
  • Klglrt040723 14
  • Ohmedia  Lrt

Lagi dalam kategori Oh! Gear

Ke Atas