Connect with us

Oh! Media

Penumpang LRT Selamba Letak Beg Atas Seat Kosong, Bila Pandang Buat Tak Tahu

common sense lrt

Oh! Tidak

Penumpang LRT Selamba Letak Beg Atas Seat Kosong, Bila Pandang Buat Tak Tahu

Bila guna pengangkutan awam ni, benda wajib yang penumpang LRT kena ada adalah common sense. Pendek kata, kita kena peka dengan keadaan sekeliling tanpa mementingkan diri sendiri.

ADVERTISEMENT

Seperti video viral di TikTok ini, seorang penumpang merakam gelagat penumpang lain yang tanpa rasa bersalah meletakkan beg membeli belah di sebelahnya sedangkan ketika itu LRT penuh.

“Common sense la sikit”

@yoesmadjanew 2023 wujud lagi ye kat malaysia manusia mcm ni🤬#fyp ♬ Santai – Faizal Tahir

Dalam video itu, perakam merakam keadaan keliling yang penuh dengan penumpang walaupun tak sesak. Dapat dilihat beberapa orang penumpang membawa beg pakaian yang besar dan hanya berdiri. Ada juga yang berdiri sangat dekat dengannya.

2023 wujud lagi ye kat Malaysia manusia macam ni.

Menerusi ruangan kapsyen, perakam mempersoalkan kenapa masih wujud orang begini di tahun 2023. Katanya, walaupun penumpang lain dah beri pandangan sinis, dia hanya buat tak tahu sambil tengok telefon.

Netizen kecam penumpang LRT

Di ruangan respon, netizen meluahkan rasa geram dengan tindakan pentingkan diri itu. Kata netizen, jika mereka di situasi itu, mereka tanpa segan silu akan letak beg di bawah dan duduk.

Kredit: TikTok @yoesmadjanew

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas