
Oh! Bisnes
Jualan Produk Tempatan Naik 130%! TikTok Shop Belanja Jutaan Ringgit Sokong #JomLokal
TikTok Shop umumkan satu pencapaian membanggakan penjualan produk tempatan dan PMKS (Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana) di Malaysia naik lebih 130% tahun ke tahun hasil daripada sokongan jutaan ringgit melalui inisiatif #JomLokal.
Bukan Sekadar Kempen, Tapi Komitmen
Sejak 2023, TikTok Shop sudah membelanjakan jutaan ringgit setiap tahun untuk bagi lebih pendedahan, baucar diskaun dan sokongan pemasaran supaya ribuan perniagaan tempatan boleh berkembang dengan lebih mampan.
Nak sokong produk Malaysia? Senang je, klik ikon #JomLokal di bahagian atas aplikasi TikTok Shop. Dari live shopping sampai video, semuanya mudah nak explore.
Pelanggan Tenang, Penjual Senang
Semua pembelian pula dilindungi dengan Polisi Pemulangan & Bayaran Balik Percuma. Jadi, pengguna boleh shopping tanpa rasa risau.
Dari Kedai Kecil Ke Jualan 5 Angka

Frisha Classic Desserts & Bakery, antara peniaga tempatan yang berjaya, kongsi bagaimana live shopping bantu mereka capai jualan konsisten 5 angka setiap bulan dan kumpul lebih 7,000 pengikut.
“Kalau ibu bapa saya yang dah 70-an pun boleh buat, sesiapa pun boleh berjaya dengan TikTok Shop,” kata Frisha Fazara.
Fokus Merdeka, Sokongan Berganda
Sempena Merdeka dan bulan seterusnya, TikTok Shop berjanji akan double down sokongan untuk #JomLokal. Peniaga baru boleh daftar di Pusat Penjual TikTok Shop dan belajar di Akademi TikTok Shop.
Nak tahu lebih lanjut? Klik sini: https://vt.tiktok.com/ZSALqUU6v/
