Catcha Digital Berhad mengumumkan bahawa anak syarikatnya, iMedia Asia Sdn Bhd, telah menandatangani perjanjian untuk membeli 60% saham dalam Framemotion Studio Sdn Bhd.
Dengan perjanjian ini, Framemotion dijangka akan meraih keuntungan selepas cukai (PATAMI) sekurang-kurangnya RM6.8 juta dalam tempoh 12 bulan selepas transaksi selesai.
Catcha Digital kukuhkan kedudukan dengan pengambilalihan Framemotion
Pengambilalihan ini bakal menggabungkan kepakaran Catcha Digital dengan pengalaman digital dan animasi Framemotion, sekaligus memberi impak positif kepada pendapatan syarikat dalam jangka panjang.
Framemotion terkenal dalam bidang rekabentuk, pengalaman digital dan animasi di Asia Tenggara serta beberapa negara lain. Mereka telah bekerjasama dengan jenama besar seperti Petronas, Gamuda, Sephora, L’Oréal, Maxis, OCBC, dan Samsung.
Pada tahun 2023, mereka turut menganjurkan pameran Van Gogh Alive serta melancarkan pengalaman AI The Greatest Artist, yang berjaya menarik lebih 300,000 pengunjung.
CEO Framemotion, Jeand Pua Yin Chye, juga telah dinobatkan sebagai EY Technology Entrepreneur of The Year Malaysia 2024, membuktikan kepimpinan dan kejayaan syarikat ini dalam industri digital.
Framemotion telah bekerja dengan syarikat-syarikat besar
Pengerusi Catcha Digital, Patrick Grove, menyatakan keyakinannya bahawa gabungan kedua-dua syarikat ini akan meningkatkan tawaran inovatif kepada pelanggan di seluruh rantau ini.
Kami sangat gembira dengan pengambilalihan ini dan percaya bahawa dengan menggabungkan kepakaran FrameMotion dengan rangkaian kami yang luas, kami dapat menawarkan penyelesaian inovatif kepada pelanggan di seluruh rantau ini.
Sementara itu, CEO Framemotion, Jeand Pua Yin Chye, turut meluahkan keterujaan terhadap masa depan syarikat selepas perjanjian ini
Perjanjian bersama Catcha Digital ini merupakan perubahan yang besar buat syarikat kami. Pengambilalihan ini mengesahkan visi kreatif kami dan membantu kami untuk menyediakan pengalaman digital bertaraf dunia.

Jap!
Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Catcha Group