Connect with us

Oh! Media

Catcha Digital Ambil Alih Digital Symphony, Kukuhkan Dominasi Dalam Pasaran Digital!

catcha digital

Oh! Bisnes

Catcha Digital Ambil Alih Digital Symphony, Kukuhkan Dominasi Dalam Pasaran Digital!

Catcha Digital Berhad (Catcha Digital) hari ini mengumumkan perjanjian jual beli saham bersyarat untuk memperoleh 51% ekuiti dalam DS Services Sdn Bhd (“Digital Symphony”) dengan harga tunai RM22.95 juta, dibayar dalam tiga peringkat dalam tempoh 24 bulan selepas penyempurnaan.

Bayaran ini bergantung kepada pencapaian keuntungan bersih selepas cukai (PAT) Digital Symphony sebanyak RM4.5 juta bagi tempoh 12 bulan pertama dan RM4.5 juta bagi bulan ke-13 hingga ke-24. Urus niaga ini dijangka memberi sumbangan positif kepada pendapatan Catcha Digital.

IKLAN

Jom kenali Digital Symphony

catcha digital

Diasaskan oleh Kuhan Kumar pada 2017, Digital Symphony merupakan syarikat pemasaran digital yang beroperasi di Malaysia dan Singapura.

Mereka terkenal dalam pemasaran berasaskan data dengan kepakaran dalam automasi, analitik data dan perisian pintar untuk membantu jenama mencapai matlamat pemasaran digital mereka.

Dengan pengalaman luas dalam industri hartanah, automotif dan pendidikan, Digital Symphony telah membantu banyak jenama mencipta kempen digital yang lebih tepat sasaran dan berkesan.

Strategi Catcha Digital dan kesan terhadap industri

catcha digital

Untuk pengetahuan anda, pembelian ini bukan sekadar satu pelaburan biasa, tetapi merupakan satu langkah strategik untuk memanfaatkan kelebihan masing-masing.

Catcha Digital kini boleh menawarkan perkhidmatan pemasaran berasaskan data Digital Symphony kepada pelanggan sedia ada.

Manakala Digital Symphony boleh menggunakan rangkaian luas Catcha Digital untuk mengembangkan pasaran mereka.

Sinergi ini dijangka mempercepatkan pertumbuhan kedua-dua entiti dan memberikan pendekatan pemasaran digital yang lebih berkesan.

Menurut Patrick Grove, Pengerusi Catcha Digital:

Kuhan dan pasukannya bukan sekadar menjalankan iklan, tetapi mencipta kempen yang sangat optimum dan beri impak sebenar. Dengan pengambilalihan ini, kami menggandakan kuasa data, automasi, dan pembelajaran mesin untuk mencipta penyelesaian yang lebih baik bagi para pengiklan. Gabungan pemasaran berprestasi Digital Symphony yang berorientasikan hasil dengan jangkauan audiens luas Catcha Digital merupakan satu perubahan besar bagi jenama yang ingin memperluaskan kehadiran digital mereka.

Kuhan Kumar, CEO Digital Symphony, turut menyatakan keterujaannya dengan kerjasama ini:

Kerjasama ini membuka peluang lebih luas kepada kami untuk membawa pemasaran digital ke tahap yang lebih tinggi. Kami teruja untuk melihat hasil luar biasa yang bakal dicapai bersama Catcha Digital.

Langkah ini selari dengan visi Catcha Digital untuk menjadi kumpulan digital terkemuka di ASEAN, selaras dengan pertumbuhan ekonomi digital rantau ini yang dianggarkan bernilai RM1 trilion menurut laporan SEA e-Conomy 2024 oleh Google, Temasek, dan Bain & Company.

Selain Digital Symphony, Catcha Digital juga merancang untuk terus meneroka pelaburan strategik dan pengambilalihan baharu bagi memperluaskan kehadiran mereka dalam ekonomi digital, melangkaui sekadar media digital.

catcha digital

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Catcha Digital


Kongsikan artikel ini:

Lagi dalam kategori Oh! Bisnes

Trending Di Youtube

Popular Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas