Connect with us

Oh! Media

Oh! Bisnes

Catcha Digital Raih Keuntungan RM5.2 Juta Bagi FY2024, Lonjakan Luar Biasa 256%

Catcha Digital Berhad mencatatkan keuntungan tertinggi dalam sejarah syarikat selepas melaporkan Profit After Tax and Minority Interest (PATAMI) sebanyak RM1.80 juta bagi suku keempat tahun kewangan 2024 (Q4 FY2024).

Peningkatan ini merupakan lonjakan luar biasa sebanyak 1,669% berbanding RM0.10 juta pada Q4 FY2023, sekali gus membawa jumlah PATAMI bagi FY2024 kepada RM5.20 juta, meningkat 255% daripada RM1.46 juta pada FY2023.

IKLAN

Inovasi digital pacu keuntungan Catcha Digital…

Ketua Pegawai Eksekutif Catcha Digital, Eric Tan, menzahirkan rasa bangga terhadap kejayaan syarikat dalam mencapai pertumbuhan keuntungan yang mengagumkan.

Pencapaian ini membuktikan kejayaan pelancaran penyelesaian inovatif kami pada suku sebelumnya seperti pengiklanan realiti tambahan (AR) dan kempen luar talian ke dalam talian. Ini membolehkan pengiklan kami berhubung lebih efektif dengan pelanggan.- Katanya.

Sementara itu, Pengerusi Catcha Digital, Patrick Grove, turut menegaskan komitmen syarikat dalam mengekalkan momentum pertumbuhan dan meneruskan strategi pengembangan di Asia Tenggara.

Kami akan terus mengejar peluang perkongsian strategik, pelaburan dan pengambilalihan yang dapat meningkatkan keuntungan setiap saham.- Tambahnya.

Strategi pengambilalihan Catcha Digital…

Dalam suku keempat 2024, Catcha Digital mengumumkan tiga pengambilalihan strategik yang dijangka memberi impak positif kepada keuntungan syarikat:

1. Drive 2 Digital Sdn Bhd (D2D) – 60% Pegangan Saham

Pada 20 Disember 2024, Catcha Digital mengumumkan pengambilalihan 60% saham D2D dengan nilai RM16.2 juta. Pembayaran dibuat dalam tiga peringkat sepanjang 24 bulan berdasarkan pencapaian PAT RM3.5 juta dalam 12 bulan pertama dan RM4.2 juta dalam 12 bulan berikutnya.

Langkah ini memperkukuh kehadiran Catcha Digital dalam sektor media automotif digital, khususnya dalam kandungan berbahasa Cina dan Melayu.

2. Tastefully Malaysia Sdn Bhd – 70% Pegangan Saham

Pada 19 Disember 2024, syarikat mengumumkan pembelian 70% saham Tastefully Malaysia dengan nilai RM7.6 juta yang dibayar secara empat peringkat dalam tempoh 36 bulan.

Pengambilalihan ini menyokong pengembangan perniagaan media digital omnichannel Catcha Digital, membolehkan syarikat memperluaskan pengiklanan digital secara lebih menyeluruh.

3. Nexible Solutions Sdn Bhd – 51% Pegangan Saham

Pada 28 November 2024, Catcha Digital mengumumkan pembelian 51% saham Nexible Solutions dengan nilai RM11.3 juta, yang diselesaikan pada 22 Januari 2025.

Nexible terkenal dengan produk perisian B2B, termasuk OutPerform, sebuah perisian automasi jualan berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang membantu pelanggan mengurus prospek jualan dan hubungan pelanggan dengan lebih cekap.

Dengan pengambilalihan ini, Catcha Digital memperluaskan pengaruhnya dalam sektor perisian sebagai perkhidmatan (SaaS) dan kecerdasan buatan (AI).

#ApaKataOhmedia

Pencapaian luar biasa Catcha Digital membuktikan bahawa inovasi dan strategi pengembangan yang berkesan dapat membawa syarikat ke tahap lebih tinggi.

Kejayaan ini juga memberi inspirasi kepada syarikat tempatan untuk lebih berani meneroka teknologi digital dan kecerdasan buatan bagi kekal kompetitif di pasaran global.

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Catcha Digital


Lagi dalam kategori Oh! Bisnes

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas