Connect with us

Oh! Media

Kerajaan Bakal Teliti Semula Pengharaman TikTok Shop Di Indonesia Sebelum Ambil Tindakan Sama Di Malaysia

tiktok

Oh! Tech

Kerajaan Bakal Teliti Semula Pengharaman TikTok Shop Di Indonesia Sebelum Ambil Tindakan Sama Di Malaysia

Seperti yang kita ketahui, Indonesia kini telah mengharamkan integrasi e-dagang pada media sosial sekaligus membuatkan TikTok Shop tidak lagi boleh beroperasi di negara berkenaan. 

ADVERTISEMENT

Malah, ada juga timbul pelbagai persoalan sama ada negara lain, termasuk Malaysia akan mengambil langkah sama atau sebaliknya.

Alamak, lepas ni Malaysia pun nak mengharamkan TikTok Shop ke?

Menurut Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi dan Digital menyatakan kerajaan akan teliti asas yang diambil Indonesia dalam mengekang TikTok Shop sebelum sebarang perkara dirangka yang bersesuaian di Malaysia.

tiktok

Dalam pada itu, ada sejumlah pihak telah mengadu kepada kementerian, terutamanya melibatkan persaingan harga melampau pada platform TikTok Shop berkenaan.

Difahamkan, TikTok Shop di Indonesia diharamkan kerana beberapa perkara, termasuk melibatkan persaingan harga yang memberi kesan kepada ekonomi tempatan.

Bukan itu sahaja, ia turut memberi kesan pada data peribadi pengguna yang berbelanja di platform berkenaan.

Tambahan, menteri juga berkata dia tidak berpuas hati dengan pihak TikTok yang sangat lembap dan membawa kepada penularan berita palsu dan sebagainya.

BACA: “Tak Boleh Sampai Tekak Jangan Paksa” – Netizen Kecam Gadis Tudung Bongkar Aib Sendiri Di TikTok

Terdahulu, di Twitter seorang individu mengutuk tindakan tak tahu malu segelintir wanita yang secara terang-terangan membuka aib sendiri menerusi satu ruangan komen hantaran TikTok.

Kredit: amanz

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


https://www.tiktok.com/@ohmedia/video/7286822041163009282?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7135797539647243778

  • tiktok
  • tiktok

Lagi dalam kategori Oh! Tech

Ke Atas