Connect with us

Oh! Media

Cara Buat Temujanji Secara Online Untuk Urusan JPJ Di Pejabat Pos

Oh! Bisnes

Cara Buat Temujanji Secara Online Untuk Urusan JPJ Di Pejabat Pos

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia menerusi satu kenyataan memaklumkan tempoh moratorium (pelanjutan pembaharuan) untuk lesen kenderaan motor (LKM) dan lesen memandu Malaysia (LMM) tidak akan disambung selepas 30 September 2021. Aktiviti pemantauan pematuhan dan penguatkuasaan oleh pegawai JPJ dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan dimulakan pada 1 Oktober.

ADVERTISEMENT

BACA: Tempoh Moratorium Pembaharuan Lesen Sehingga 30 September Ini!

Oleh itu, orang ramai dinasihatkan memperbaharui lesen masing-masing yang tamat tempoh sebelum tarikh tersebut. Orang ramai juga hendaklah memastikan kenderaan memiliki perlindungan insurans sah dan menunjukkan salinan sijil perlindungan insurans jika diminta pihak berkuasa.

Sehubungan dengan itu, JPJ telah berbincang dengan POS Malaysia untuk memulakan semula operasi urusniaga JPJ di semua cawangan POS di seluruh negara bermula 9 Ogos. Walau bagaimanapun, orang ramai dikehendaki membuat temujanji secara dalam talian untuk mendapatkan tarikh urusniaga.

Cara buat temujanji online

Untuk mengelakkan kesesakan di waktu pandemik, anda hendaklah membuat temujanji secara dalam talian terlebih dahulu. Caranya mudah, anda hanya perlu memuat turun aplikasi POS Malaysia atau melayari laman sesawang di www.pos.com.my.

Setelah itu, anda klik bahagian ‘outlet finder’ untuk mencari cawangan POS terdekat dengan rumah. Selepas dimasukkan lokasi, pilih cawangan seperti yang dicadangkan dan bersedia untuk ke bahagian seterusnya.

pos

Seterusnya, klik pada ‘book your JPJ service appoinment’ untuk melihat jenis urusniaga dan tarikh yang ada. Jenis urusniaga yang disediakan adalah pembaharuan lesen kenderaan motor dan lesen memandu Malaysia.

pos

Anda hendaklah klik kepada jenis urusan terlebih dahulu sebelum memilih tarikh dan waktu urusniaga. Jika tidak, pilihan tarikh yang ada tidak akan dipaparkan. Anda juga diingatkan untuk menyediakan segala dokumen yang diperlukan untuk kelancaran urusan. Setiap orang diperuntukkan 10 minit sahaja.

pos
pos

Selepas memilih tarikh dan waktu urusniaga, anda dikehendaki mengisi maklumat diri seperti nama, alamat e-mel dan nombor telefon. Seterusnya klik ‘Book’ dan sahkan temujanji berdasarkan kod verifikasi yang dihantar ke alamat emel.

Apabila sudah selesai, anda akan menerima e-mel yang memaparkan maklumat temujanji. Sila pastikan anda hadir 5 minit lebih awal daripada masa yang ditetapkan. Setiap orang dibenarkan membuat maksimum tiga transaksi sahaja pada satu masa.

Untuk sistem temujanji online Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia, sila rujuk pautan yang telah disediakan di laman Facebook. Klik pada pautan berdasarkan negeri masing-masing.

Kredit: POS Malaysia | Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Bisnes

Ke Atas