Connect with us

Oh! Media

Tempoh Moratorium Pembaharuan Lesen Sehingga 30 September Ini!

0c4c9e51 ec26 4ff9 b455 65b960d3cf86

Oh! Gear

Tempoh Moratorium Pembaharuan Lesen Sehingga 30 September Ini!

Tempoh pelanjutan pembaharuan lesen kenderaan motor (LKM) dan lesen memandu Malaysia (LMM) termasuklah lesen vokasional (GDL/PSV) cuma sehingga 30 September ini sahaja.

Bermula dari 1 Oktober nanti, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan membuat pemantauan pematuhan dan orang ramai diingatkan supaya memperbaharui lesen yang telah tamat tempoh.

Bagi mana-mana kenderaan yang mempunyai LKM tamat tempoh, pastikan kenderaan masing-masing memiliki perlindungan insurans yang sah dan sekiranya pihak polis minta, korang hanya perlu tunjukkan salinan insurans saja.

IKLAN

Bagi sesiapa yang ingin membuat urusniaga boleh buat secara dalam talian di portal mySIKAP awam ataupun myEG.

Sebarang urus niaga yang tidak dapat dilaksanakan secara dalam talian boleh dibuat di kaunter JPJ secara janji temu (online appointment/ call-in).

Pejabat Pos Malaysia juga dijangka akan memulakan urusniaga JPJ bermula 9 Ogos ini. Jadi, tiada alasan dah lepas ini dan mana yang dah luput tu jangan lupa renew.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Gear

Ke Atas