
Oh! Artis
Zizan Razak Jawab Hubungan Dengan Emma Maembong
Pelawak terkenal Zizan Razak dan pelakon Emma Maembong sekali lagi mendapat restu peminat apabila mereka tampil mesra dalam kempen raya jenama fesyen terkenal.
Keakraban mereka dalam sesi fotografi tersebut mencetuskan pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya mahu melihat mereka kembali bercinta seperti dahulu.
Zizan Razak jawab dakwaan ada hubungan istimewa dengan Emma Maembong…

Zizan yang ditemui pihak Oh!Bulan bagaimanapun menjelaskan segala kemesraan itu hanyalah sebahagian daripada tugas mereka sebagai duta jenama.
Saya menghormati pekerjaan saya. Apa yang terjadi antara saya dan Emma memang profesional dan kami buat semua itu untuk kerja.
Zizan turut menegaskan bahawa dia menghormati status Emma yang kini sudah mempunyai teman lelaki selepas perceraiannya.
Saya risau juga ada salah faham kerana saya dengan bekas suami Emma sebelum ni memang baik. Tapi saya fikir niat untuk kerja sahaja.
Malah, pelawak itu mendedahkan bahawa dia dan Emma memang sudah lama berhubung atas urusan kerja, namun kempen raya ini menjadi pertemuan semula mereka secara bersemuka.
Netizen ‘restu’ hubungan, Zizan Razak tak kisah asalkan….

Zizan turut mengulas mengenai reaksi netizen yang ‘merestui’ kemesraan mereka berdua. Baginya, tiada masalah jika peminat suka melihat mereka bersama, asalkan tidak berlebihan.
Saya tiada masalah kerana tahu ni zaman media sosial, bila ada yang restu apa salahnya kami melayan. Saya dengan dia bukan musuh, kami buat untuk kebaikan. Tapi, jangan berlebihan.
Sebelum ini, kemesraan mereka dalam kempen raya tersebut menjadi perbualan hangat di media sosial, sehingga ada yang membuat spekulasi mengenai hubungan mereka.
#ApaKataOhmedia
Emma Maembong sebelum ni pun dilihat mesra dengan DJ Kidd, setakat ni kita masih tak tahu samaada mereka sudah bernikah atau belum.
BACA: Emma Maembong Dan DJ Kidd Dilihat Mesra Bersama
Buatnya sudah, tak manislah kita buat spekulasi hubungan Zizan dengan Emma ni. Apapun, kita doakan sahaja yang terbaik buat mereka.
