Connect with us

Oh! Media

Yusuf Bahrin Akhirnya Bersuara Dakwaan Rumah Tangga Dengan Zizi Kirana Goyah

Ohmedia yusuf Bahrin Zizi Kirana

Oh! Artis

Yusuf Bahrin Akhirnya Bersuara Dakwaan Rumah Tangga Dengan Zizi Kirana Goyah

Suami Zizi Kirana, Yusuf Bahrin akhirnya menjawab dakwaan ‘follow’ Zizi Kirana.

Pelakon kacak, Yusuf Bahrin tampil menafikan dakwaan rumahtangganya dengan Zizi Kirana bergolak seperti yang tersebar baru-baru ini.

BACA: Zizi Kirana Dan Yusuf Bahrin Tak Lagi Follow Di Instagram

“Saya tak pernah follow dia dan dia tak pernah follow saya…”

Yusuf Bahrin

Memetik laporan Gempak, Yusuf berkata hubungannya bersama isteri berada dalam keadaan baik. Tiada isu ‘unfollow’ media sosial kerana mereka memang saling tidak mengikuti satu sama lain sejak dulu.

IKLAN

Jelasnya, perkara itu sebenarnya sudah lama berlaku dan tidak wajar dijadikan bahan spekulasi netizen.

Saya rasa benda itu tak ada apa-apa masalah pun sebab memang anda semua baru tahu kot sebab benda ni dah lama. Saya tak pernah follow dia, dan dia tak pernah follow saya. Tak ada apa-apa pun sebenarnya. Saya tak tahu nak cakap apa sebab benda ini orang tak tahu.

“Kami okay je…” – Yusuf minta doa yang baik-baik

Zizi Kirana

Beliau juga menambah bahawa tiada aplikasi Threads di telefonnya, sekali gus tidak mengetahui hantaran-hantaran yang dikaitkan dengan Zizi di platform itu.

Walaupun tidak mahu mengulas panjang tentang kenyataan yang dibuat oleh netizen, Yusuf menjelaskan bahawa keadaan rumah tangga mereka masih baik dan tiada sebarang isu besar berlaku.

Pssttt! Biasalah, bila selebriti tak follow pasangan sendiri di media sosial, cepat betul orang buat andaian. Tapi kata Yusuf, hubungan mereka okay je. Harap netizen tak terlalu cepat buat kesimpulan dan terus doakan yang baik-baik untuk pasangan ini.

Kredit: Gempak
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas