Oh! Artis
“You Are My Superwoman” – Edika Yusof Luah Rasa Bangga, Kini Rujuk Semula Dengan Isteri
Edika Yusof luah rasa bangga buat isterinya, Norhidayah yang kini jadi duta SV7.
Pelakon kacak Edika Yusof kembali mencuri perhatian netizen apabila memuat naik ucapan penuh cinta buat isterinya, Norhidayah.
BACA: Anak Sulung Edika Yusof Buka Mulut, Sokong Keputusan Cerai
Dalam satu posting, Edika menyifatkan wanita itu sebagai ‘superwoman’ dan sumber kekuatannya, sekali gus mengesahkan hubungan mereka kini kembali terjalin selepas bercerai April lalu.
Sah cerai pada April, kini kembali rujuk

Mengikut laporan mStar, Edika mengakui mereka kini kembali rujuk ketika masih dalam iddah selepas berbincang secara baik.
Buat masa ini, mereka sedang menunggu proses pengesahan undang-undang dan masih tidak tinggal sebumbung.
Kami masih dalam proses, tapi peratus untuk berbaik itu ada, Insya-Allah. Kami pun sudah muhasabah diri dan berbincang secara baik untuk teruskan jodoh ini.
Difahamkan, ucapan Edika di Threads itu dibuat sempena pelantikan isterinya sebagai duta jenama SV7.
Edika turut menyatakan rasa bangganya terhadap pencapaian Norhidayah, yang tetap kuat dan terus melangkah jauh walaupun pernah diuji kesihatan dan tekanan hidup.
Amyrul Bakhtiar Kongsi Kisah Hidup Sebelum Viral Dan Lagu Raja Gelek Perodua | Oh! Podcast Ep26
OH! MEDIA 24/04/2026 7:45 PM