Connect with us

Oh! Media

“Suka Bergesel Tanpa Sebab” – Puteri Balqis Dedah Ada Pelakon Lelaki Cuba Ambil Kesempatan

ohmedia ohmedia featured puteri balqis

Trending

“Suka Bergesel Tanpa Sebab” – Puteri Balqis Dedah Ada Pelakon Lelaki Cuba Ambil Kesempatan

Intipati berita

  • Puteri Balqis dakwa pelakon lelaki ambil kesempatan dengan sengaja melakukan sentuhan tidak sepatutnya ketika berada di set penggambaran.
  • Minta pengarah kurangkan babak bersentuhan selepas mendakwa beberapa kali berdepan situasi tidak selesa dengan pelakon lelaki.
  • Puji profesionalisme Amir Ahnaf dan Aedy Ashraf serta beberapa pelakon lain yang sentiasa menjaga batas pergaulan ketika bekerja.
  • Rimas diganggu peminat fanatik pelakon lelaki, Puteri Balqis menegaskan dirinya hanya mahu fokus kepada kerjaya dan mengumpul wang simpanan.

Pelakon, Puteri Balqis mendedahkan dirinya kurang senang dengan sikap segelintir pelakon lelaki yang didakwa sengaja mengambil kesempatan dengan melakukan sentuhan tidak sepatutnya ketika berlakon bersama.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Puteri Balqis atau nama sebenarnya Puteri Balqis Azizi mengakui pernah mengambil tindakan sendiri dengan berjumpa pengarah bagi meminta supaya babak bersentuhan dikurangkan.

IKLAN

Menurutnya, tindakan itu terpaksa dilakukan selepas mendakwa ada pelakon lelaki berulang kali cuba mengambil kesempatan terhadap dirinya di set penggambaran.

Dakwa ada pelakon lelaki sengaja ambil kesempatan

puteri balqis

Tegas Aqish, dia tidak kisah sekiranya tindakannya mengundang kecaman atau dilabel sebagai pelakon biadab kerana baginya, maruah dan batas pergaulan perlu dijaga.

Kau nak maki aku beramai-ramai, kau maki. Nak cakap aku biadab, cakap. Aku memang tidak suka pelakon yang suka berlagak dan bergesel tanpa sebab dengan aku.

Aku sendiri yang pergi jumpa pengarah, bukan aku sembang saja. Aku sendiri yang minta kurangkan babak pegang sebab ada pelakon yang asyik ambil kesempatan bergesel tempat yang tidak sepatutnya dengan aku.

Banyak kali, tahu? Dan jangan cakap pelakon tidak tahu apa tujuan.

Bagaimanapun, Aqish tidak mendedahkan identiti pelakon lelaki yang didakwa terlibat dalam perkara tersebut.

Puteri Balqis puji sikap Amir Ahnaf dan Aedy Ashraf

ohmedia puteri balqis

Dalam masa sama, Aqish turut berkongsi pengalamannya bekerja dengan beberapa pelakon lelaki lain yang disifatkan sangat profesional dan menghormati batas pergaulan.

Antaranya termasuk Amir Ahnaf dan Aedy Ashraf yang menurutnya tidak pernah mengambil kesempatan walaupun mereka perlu menjayakan babak tertentu bersama.

Walaupun Amir Ahnaf, aku berlakon berbulan dengan dia. Babak semua berat. Dia sendiri yang sentiasa ingatkan diri bahawa aku ada batasan dengan lelaki. Tidak pernah sekali pun Amir Ahnaf ambil kesempatan atau sengaja bergesel dengan aku.

Aedy Ashraf pula, berlakon babak peluk sebagai abang, tiada teraba-raba aku. Cukup hormat.

Malah pelakon yang sudah berkahwin seperti Aiman Hakim, Ady Mohamad, Jazmy Juma dan Kodi Rasheed semua tahu batas. Aku tidak perlu pergi jumpa pengarah sendiri untuk beritahu kurangkan babak yang tidak okey. Habis babak, terus keluar. Masing-masing tahu ini kerja.

Sebelum ini, Aqish turut meluahkan rasa kurang senang apabila sering menerima gangguan dan amaran daripada segelintir peminat fanatik pelakon lelaki yang pernah bergandingan dengannya.

Jelasnya, dia tidak berminat untuk menjalinkan hubungan dengan mana-mana pelakon lelaki kerana kini mahu memberikan sepenuh perhatian terhadap kerjaya dan mengumpul wang simpanan.

Tidak perlu bagi amaran dekat aku banyak kali. Jangan kacau pelakon ini, pelakon itu, dia kami punya. Kau ambillah. Jantan dalam industri ini sangatlah membosankan. Tiada aura, kebanyakannya sepesen.

Ini bukan waktunya aku nak tolak rezeki semata-mata sebab korang tidak suka aku. Ini waktunya aku bekerja dan simpan duit sebanyak mungkin.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri Penulis
Penulis berita dan kandungan digital di Oh! Media yang memfokuskan kepada isu semasa, automotif, teknologi, gaya hidup dan perkembangan tempatan. Beliau menghasilkan kandungan berita, informasi serta kandungan digital untuk pembaca Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas