Connect with us

Oh! Media

Anak Sulung Edika Yusof Buka Mulut, Sokong Keputusan Cerai

Oh! Artis

Anak Sulung Edika Yusof Buka Mulut, Sokong Keputusan Cerai

Rumah tangga yang pernah menjadi inspirasi ramai akhirnya berada di penghujung jalan apabila Nor Hidayah memfailkan perceraian terhadap suaminya, pelakon Edika Yusof.

Namun, apa yang lebih menyentuh hati ialah apabila anak sulung mereka, Fardeen Nasrulhaq tampil menyokong penuh keputusan ibunya.

IKLAN

Fardeen, anak sulung Edika Yusof anggap ibu tak perlu tanggung tekanan lagi…

Menerusi laporan yang dikongsikan, Fardeen yang berusia 21 tahun hadir menemani ibunya ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada pagi Rabu.

Dia menyatakan bahawa perceraian ini adalah jalan terbaik untuk kedua-dua ibu bapanya agar mereka tidak lagi dibelenggu tekanan dalam kehidupan rumah tangga.

Selagi saya masih hidup saya boleh jaga dia (ibu). Tiada apa yang boleh saya cakap tapi saya rasa jalan ini yang terbaik buat ibu dan ayah saya.

Kedua-duanya akan kurang tekanan dan saya pun sudah biasa dari kecil buat benda ini (jaga ibu) jadi untuk saya tiada beza.- Ujarnya ringkas.

Peguam syarie mewakili Nor Hidayah, Mohd Yazid Hazim dari Tetuan Yazid Azuhan Associates, memaklumkan bahawa mahkamah telah menetapkan tarikh 5 Mei depan sebagai sebutan semula kes untuk permohonan cerai tersebut.

Pada tarikh itu juga, pihak Edika Yusof dibenarkan untuk melafazkan cerai secara rasmi jika bersetuju.

Pssttt! Kadangkala, jalan terbaik dalam sesebuah perkahwinan yang sudah tidak mampu dipertahankan adalah perpisahan yang damai. Semoga segala urusan dipermudahkan buat keluarga ini.

Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

Kongsikan artikel ini:

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Oh! Podcast

Tonton di YouTube

Popular Bulan Ini

Ke Atas