Connect with us

Oh! Media

Akmal Asyraf Kongsi Mahukan Watak Kuda Semasa Buat Video ‘Casting’ Kudrat 1968

Oh! Podcast

Akmal Asyraf Kongsi Mahukan Watak Kuda Semasa Buat Video ‘Casting’ Kudrat 1968

Filem Kudrat 1968 yang baru-baru ini ditayangkan di pawagam mendapat sambutan luar biasa, khususnya daripada peminat yang mengikuti kisahnya sejak versi drama bersiri terhad lagi.

Untuk episod Oh! Podcast kali ini, kami menjemput pelakon utamanya, Akmal Asyraf, untuk berkongsi kisah di sebalik perjalanan seninya.

Pada awalnya, Akmal kelihatan serius, tetapi sepanjang perbualan, terserlah personalitinya yang santai dan rendah diri. Dalam masa yang sama, dia juga seorang yang tegas dengan pendirian dan jelas tentang impiannya.

IKLAN

Episod ini memberi peluang kepada penonton untuk mengenali sisi Akmal yang berbeza daripada wataknya dalam Kudrat 1968. Akmal turut berkongsi pengalaman bekerja di butik bayi sebelum mengejar cita-citanya untuk menjadi seorang penghibur, perjalanan itu memakan masa, kesabaran dan pengorbanan besar.

Dari video ini juga Akmal kongsikan semasa pencarian pelakon untuk filem Kudrat 1968 ini, beliau tertarik dengan watak Kuda dan ingin dapatkan watak tersebut. Namun pihak produksi lebih merasakan watak Piji adalah yang lebih sesuai dengannya dan telah terbukti bahawa tiada sesiapa lagi boleh mainkan watak itu selain daripada Akmal.

Selain daripada itu dalam podcast ini juga penonton dapat tahu persiapan awal Akmal untuk menjayakan watak Piji serta cabaran yang dihadapi sehingga terbawa-bawa watak itu dibelakang kamera.

Nak kenal siapa Akmal Asyraf di sebalik Kudrat 1968? Jangan lupa saksikan perkongsian penuhnya dalam episod terbaru Oh! Podcast!

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Aqinna B
Aqinna merupakan produser bagi tim video Oh! Media yang juga bertindak sebagai digital hos sepenuh masa. Selain itu, Aqinna turut menyumbang sebagai penulis artikel, menghasilkan kandungan kreatif dan bermutu untuk platform Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Podcast

Ke Atas