Connect with us

Oh! Media

“Yang Lain Semua Malaikat, Saya Sorang Je Tak” – Zul Ariffin

Oh! Artis

“Yang Lain Semua Malaikat, Saya Sorang Je Tak” – Zul Ariffin

Pelakon popular Zul Ariffin didenda RM30,000 selepas mengaku bersalah di atas pertuduhan memuat naik kandungan bersifat sumbang di Instagram pada Mac lalu.

ADVERTISEMENT

BACA: Zul Ariffin Mengaku Bersalah Muat Naik Video Elemen Sumbang

Mengulas mengenai pengakuannya itu, Zul Ariffin ketika ditemui wartawan berkata dia tidak mahu memanjangkan isu dan berharap kes ini berakhir tanpa membazirkan masa mana-mana pihak.

Meluahkan rasa lega, pelakon ini terharu ramai rakan-rakan hadir memberikan sokongan kepadanya termasuk rakan media.

Saya enggan bazir masa mahkamah atau sesiapa. Jadi saya memilih mengaku bersalah kerana saya yang memuat naik video terbabit.

Jika tidak, perkara ini akan terus berlanjutan dan saya tak nak hidup dengan rasa yang begitu. Jadi langkah terbaik saya anggap ini kesalahan atas kelakuan saya selain rasa bersalah kepada Allah.

Menurut Zul Ariffin lagi, tiada tindakan dikenakan kepada pihak yang memintanya untuk memuatnaik kandungan itu.

Tiada tindakan sebab orang lain yang terbabit semuanya ‘malaikat’, saya seorang saja tidak. Jadi, saya sajalah yang mengaku bersalah. Tidak mengapa.

Tambah Zul lagi, apa yang menimpanya ini wajar dijadikan pengajaran kepada pelakon lain supaya berhati-hati sebelum membuat sebarang promosi untuk karya terbaru.

Katanya sebagai pelakon, tidak perlulah terlalu beriya-iya dalam promosi. Kalau disuruh, cukuplah sekadar memuat naik gambar selfie.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas