Connect with us

Oh! Media

“We Have Break The Silence, Satu Dunia Tak Diam” – Nadzmi Adhwa Tunggu Ardell Aryana Balik

Ohmedia nadzmi Adhwa Ardell Aryana

Oh! Artis

“We Have Break The Silence, Satu Dunia Tak Diam” – Nadzmi Adhwa Tunggu Ardell Aryana Balik

Nadzmi Adhwa tidak sabar menunggu kepulangan Ardell ke rumah.

Pelakon Nadzmi Adhwa tampil meluahkan rasa bangga menyaksikan keberanian isterinya, Ardell Aryana bersama kapal Mikeno di perairan antarabangsa menuju ke Gaza.

Menerusi perkongsiannya di media sosial, Nadzmi menegaskan perjuangan ini telah berjaya membuka mata dunia dan membangkitkan solidariti terhadap Palestin.

“Macam isteri saya cakap…”

Nadzmi Adhwa

Beliau turut menambah bahawa perjuangan ini tidak akan terhenti, sebaliknya diteruskan dengan langkah seterusnya iaitu We Break The Siege!

IKLAN

Netizen bangkit bagi sokongan

Perkongsian Nadzmi itu menerima ratusan reaksi netizen yang rata-rata kagum dengan semangat Ardell serta aktivis flotilla lain.

Malah ada yang menitipkan doa agar kesemua sukarelawan selamat dan pulang membawa kemenangan buat Palestin.

Nadzmi Adhwa

Nadzmi sendiri tidak sabar menunggu kepulangan Ardell untuk mengetahui bagaimana mereka lari daripada kepungan Israel.

Pssttt! Isteri yang menjadi inspirasi perjuangan, suami yang setia menyokong dari jauh. Inilah semangat sebenar pasangan pejuang. Semoga Ardell dan semua sukarelawan flotilla sentiasa dalam lindungan Allah.

Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas