Connect with us

Oh! Media

”Itu Bermaksud Saya Telah Ditangkap” – Ardell Aryana

Ardell Zizi Kirana

Trending

”Itu Bermaksud Saya Telah Ditangkap” – Ardell Aryana

Ardell Aryana dedah persiapan jika bot flotilla diserang Zionis, katanya bila phone dibuang, itu tanda dirinya ditangkap.

Pelakon dan aktivis kemanusiaan, Ardell Aryana mendedahkan bahawa dirinya dan sukarelawan lain dalam misi Global Sumud Flotilla sudah membuat persiapan rapi sekiranya bot mereka diserang rejim Zionis Israel.

Menurut laporan Kosmo, pelakon itu berkata yang setiap detik ketika berada di lautan antarabangsa penuh risiko dan mereka telah bersedia dengan langkah kecemasan.

Bila phone (telefon) dah dibuang, bermaksud saya telah ditangkap.

“Saya akan rakam sampai saya meniarap” – Ardell Aryana

Ohmedia ardell Aryana

Menurut Ardell atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Mohd Amin, beliau diamanahkan untuk membuat ‘live’ kecemasan SOS sekiranya bot diterjah.

IKLAN

Saya akan keluar pakai jaket keselamatan, rakam tunjuk bot kami tiada barangan tajam. Pisau, garfu semua buang ke laut. Kami ini misi bantuan semata-mata.

Saya akan rakam sampai saya meniarap… sampai ketua cakap ‘buang phone kalian’, dan ketika itu saya akan buang.

Beliau menjelaskan rakaman itu penting untuk membuktikan siapa sebenarnya penindas dalam konflik ini.

Serah segalanya pada Allah

Ohmedia ardell

Ardell turut menegaskan, andai komunikasi terputus selepas telefon dibuang, dia menyerahkan segalanya kepada Allah.

Jangan fikir apa tak sanggup. Kita tengok hari-hari saudara syahid meninggal dunia lagi tak sanggup. Apa jadi pada kami, nampak atau tak nampak, saya minta aib tertutup dari segi aurat.

“Jangan risau, kami ada Allah” – Ardell Aryana

Ohmedia ardell Ziiz

Ardell menenangkan rakyat Malaysia agar tidak terlalu risau tentang keadaan mereka di sana.

Jangan risau tentang kami, kami ada Allah. Kalian kena selalu berdoa.

Beliau juga yakin akan ada lebih ramai lagi pejuang kemanusiaan yang berani untuk menembusi sekatan tersebut selepas ini.

Pssttt! Keberanian Ardell dan sukarelawan flotilla ini menjadi inspirasi bahawa perjuangan menegakkan kebenaran tidak pernah berhenti. Doa kita adalah senjata paling kuat.

Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas