Connect with us

Oh! Media

Waran Tangkap Dikeluarkan Ke Atas Usahawan Selebriti, Norjuma Habib

norjuma habib

Oh! Artis

Waran Tangkap Dikeluarkan Ke Atas Usahawan Selebriti, Norjuma Habib

Akibat gagal hadir ke prosiding mahkamah pagi tadi, mahkamah telah mengeluarkan waran tangkap ke atas usahawan selebriti, Norjuma Habib Mohamed.

ADVERTISEMENT

Norjuma yang berdepan lima kes mencederakan tiga individu dan melakukan khianat tujuh tahun lalu menerima arahan tangkap ini dari empah Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur.

Memetik laporan dari Sinar Harian, Majistret, Illi Marisqa Khalizan, Nurul Izzah Shaharuddin, Fatin Dayana Jalil dan Noor Elynna Hanim Abd Halim telah mengeluarkan  perintah berkenaan ke atas usahawan selebriti berusia 44 tahun.

Hari ini, Norjuma difahamkan tidak hadir ke mahkamah sehingga jam 1 petang walaupun kesnya sudah dipanggil bebrapa kali. Disebabkan itu, mahkamah telah menetapkan 26, 29 dan 30 Julai serta 2 Ogos depan untuk sebutan semula kes berkenaan.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas