Connect with us

Oh! Media

“Dari Beli Beg Ke Apa” – Adira Kumpul Emas Untuk Bantuan ‘Kecemasan’ Waktu Susah

Adira Suhaimi 2

Oh! Artis

“Dari Beli Beg Ke Apa” – Adira Kumpul Emas Untuk Bantuan ‘Kecemasan’ Waktu Susah

Penyanyi kelahiran Akademi Fantasia 8, Adira Suhaimi memilih untuk menyimpan emas sebagai pelaburan masa depan.

BACA: Datuk Red Sah Ceraikan Adira Suhaimi Dengan Talak Satu

Menurut penyanyi ini, dia menjadikan koleksi barang kemas sebagai tabung kecemasan apabila diperlukan.

IKLAN
Adira suhaimi

Daripada kita beli benda lain kan, at least emas ini waktu kita susah kecemasan, inilah yang bantu kita.

Katanya, kedai pajak gadai sentiasa dibuka termasuklah hujung minggu berbanding bank yang perlu berurusan di waktu bekerja sahaja.

Kedai gadai hari-hari buka dik, Sabtu Ahad bank tutup. Ini je paling cepat.

Malah, penyanyi ini tidak gemar membazir wang membeli barangan mewah seperti beg tangan berjenama.

Ujar Adira, dia lebih suka jika wang yang ada digunakan untuk membeli barangan kemas.

Terdahulu, cincin yang dipakai penyanyi Adira Suhaimi menjadi perhatian ramai sehingga design khas tersebut sold out!

Difahamkan, cincin tersebut adalah kerjasama di antara Adira dan jenama barang kemas terkenal, Miragold.

Kredit: Tiktok @inayahbeautytrading

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas