Connect with us

Oh! Media

Oh! Artis

(VIDEO) Lepas 2 Tahun Gaduh Teruk, Zarina Anjoulie & Fatiya Latiff Akhirnya Berbaik

Sebelum ini, pelakon Anak Pontianak, Zarina Anjoulie pernah dikatakan bergaduh dengan rakan baiknya, Fatiya Latiff. Hubungan mereka dipercayai mula renggang apabila Zarina cuba mengelak setiap kali ditanya mengenai Fatiya.

Terbaru, salah seorang rakan memuat naik video menunjukkan Zarina kembali bersembang mesra dengan Fatiya setelah dua tahun terputus hubungan. Menerusi video tersebut, difahamkan Fatiya mahu membantu Zarina mendalami ilmu agama.

IKLAN

Assalamualaikum. Saya Ridzokumura, okay hari ni saya nak bawak korang semua jumpa dua orang budak ni. Dulu diorang gaduh kaw-kaw, sekarang dorang dah baik.

Menerusi video pendek tersebut, pendandan rambut terkenal ini menzahirkan rasa syukur akhirnya mereka sudah kembali berbaik untuk kebaikan masing-masing. Malah, Zarina dan Fatiya juga kelihatan tidak kekok berkongsi cerita di antara satu sama lain.

Sehubungan dengan itu, peminat turut bersyukur dan mendoakan semoga persahabatan mereka ini kekal. Mana tidaknya, sebelum ini mereka dilihat sangat serasi dan sering berdua ke mana-mana. Dah macam kembar!

Kredit: Ridzokumura

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Editor-In-Chief. Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas