Connect with us

Oh! Media

“Ada Je Bibik Cantik” – Fathia Latiff Nafi Samakan Muka Zahirah Macwilson Dengan Bibik

Fathia Latiff

Oh! Artis

“Ada Je Bibik Cantik” – Fathia Latiff Nafi Samakan Muka Zahirah Macwilson Dengan Bibik

Kecoh di media sosial mengenai pelakon Fathia Latiff yang menyamakan rupa Zahirah Macwilson dengan bibik, baru-baru ini.

ADVERTISEMENT

Tambahan, Fathia turut dikecam kerana mengakui masih ‘berdendam’ dengan bekas kekasihnya yang juga suami aktres tersebut iaitu Aiman Hakim Ridza.

BACA: “Tak Cantik, Tak Ada Otak” – Cakap Muka Zahirah Macwilson Macam Bibik, Fathia Latif Cabar Dirinya Disaman

Terkini, pelakon yang dikecam itu tampil menerusi satu podcast dan memberi kenyataan bahawa tindakannya menyamakan rupa wajah seseorang dengan bibik atau pembantu rumah bukan satu masalah yang besar.

Menurut Fathia, dia tidak menganggap seseorang yang mempunyai iras bibik adalah seorang yang tidak memiliki wajah yang cantik.

Fathia

Saya hanya jujur, dia nampak macam bibik. Ada bibik yang cantik, saya tak rasa pun itu satu masalah.

Saya tak cakap pun dia (Zahirah) hodoh, saya cuma cakap dia nampak macam bibik dan ada juga yang bersetuju.

Malah, dia juga berpendapat apabila memuat naik sesuatu hantaran di media sosial, dirinya tidak perlu fikir atau peduli macam mana orang fikir kerana ia hanya tindakan ‘mengekspresikan’ pendapatnya sendiri.

Bukan itu sahaja, Fathia menyatakan dia sentiasa mendapatkan khidmat nasihat dan pemeriksaan dengan pakar psikiatri berhubung kesihatan mental.

Saya tak perlukan kawan, ya saya ada berjumpa pakar psikiatri dan mereka kata saya okey, cuma saya sedikit stres. Itu saja. Saya ada buat medical check up termasuk mental health.

Kredit: YouTube

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


https://www.tiktok.com/@ohmedia/video/7322687627956620546?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7135797539647243778

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas