Connect with us

Oh! Media

“Mesti Sebab Ada Orang ‘Petik’ Nama Dia”, Ismail Izzani Kemalangan Motosikal Berkuasa Tinggi

Ismail Izzani

Oh! Artis

“Mesti Sebab Ada Orang ‘Petik’ Nama Dia”, Ismail Izzani Kemalangan Motosikal Berkuasa Tinggi

Baru-baru ini, penyanyi dan pelakon Ismail Izzani dilaporkan telah mengalami kemalangan kecil ketika menunggang sebuah motosikal berkuasa tinggi.

ADVERTISEMENT

Difahamkan, Ismail Izzani ada memuat naik foto saat dia terlibat kemalangan di Instagram Story miliknya untuk tatapan peminat.

Ismail Izzani

Malah, perkara itu dimaklumkan oleh pengurus Ismail, Gizmo yang memaklumkan bahawa penyanyi itu tidak mengalami kecederaan serius dan hanya luka di bahagian tangan.

Ya betul, dia terlibat dalam kemalangan. Dia cuma mengalami kecederaan ringan. Tiada kecederaan yang serius. Dia kemalangan lebih kurang pada 9 malam tadi.

Ismail Izzani

Ujar Gizmo, dia masih belum mendapat info penuh mengenai kemalangan tersebut dan hanya tahu ia berlaku di Kuala Lumpur.

Saya tidak pasti dekat mana berlaku. Hanya tahu dekat Kuala Lumpur sahaja. Saya pun tidak tahu puncanya sebab apa. Saya masih belum mengetahuinya.

Menerusi foto yang dikongsikannya, kelihatan luka-luka berdarah di bahagian kedua-dua belah tapak tangannya manakala motosikal yang ditunggang Ismail mengalami kerosakan pada bahagian depan dan sisi.

Ismail Izzani

Meninjau di ruangan komen sebuah portal yang memaparkan berita itu, netizen mendoakan agar Ismail berada dalam keadaan yang baik dan pulih seperti biasa.

Menariknya, ada juga sesetengah warganet yang meninggalkan komen ‘nakal’ memandangkan nama penyanyi itu ‘dipetik’ dua selebriti kontoversi baru-baru ini.

BACA: Panas! Fathia Latiff Dakwa Zarina Anjoulie Pernah ‘Tutt’ Dengan Ismail Izzani

Mesti sebab ada org petik nama dia..

Petik lagi nama dia kan dah terperanjat semoga cepat sembuhh.

Ismail Izzani

Kredit: Instagram Ismail Izzani l Portal

+Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


https://www.tiktok.com/@ohmedia/video/7322687627956620546?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7135797539647243778

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas