Connect with us

Oh! Media

Tular ‘Scene’ Ira Kazar ‘Menyondol’ Dalam Telemovie Dikecam Netizen

Untitled Design   1

Oh! Artis

Tular ‘Scene’ Ira Kazar ‘Menyondol’ Dalam Telemovie Dikecam Netizen

Isteri kedua pengarah Syamsul Yusof sehingga kini dilihat masih berdiam diri dan tidak terlalu menonjolkan diri atau memberikan apa-apa kenyataan berhubung kemelut di antara mereka serta Puteri Sarah Liyana.

Namun, ada sahaja cerita-cerita yang tular membabitkan Ira Kazar seperti beberapa Instagram story sebelum ini yang menunjukkan seolah-olah dia santai dan situasi ini tidak memberi kesan kepadanya.

Terbaru, tular rakaman di TikTok mempamerkan anak Kazar Saisi itu dalam satu telemovie yang pernah dilakonkan Ira bersama beberapa pelakon lain.

IKLAN

Ira atau nama sebenarnya Faghirah Fatini binti Kazaruddin itu hanya memegang watak sampingan sebagai salah seorang rakan watak utama yang dilakonkan Ain Edruce.

Difahamkan, Kazar juga turut sama berlakon dalam telemovie itu. Bagaimanapun, bukan lakonannya yang menjadi perhatian sebaliknya gaya penampilan Ira yang dibualkan oleh netizen di ruangan komen dan turut mempersoal ‘taste’ Syamsul Yusof.

Bukan itu sahaja, ramai yang turut menyindir Ira kerana watak yang dibawa di dalam telemovie bertajuk Perang Dingin itu didakwa sama seperti yang berlaku dalam dunia realitinya.

Dalam lakonan menyondol di luar lakonan pun menyondol.

Kredit: Tiktok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas