Oh! Artis
“Tinggal Dia Marissa” – Aslam ‘Surprise’ Bunga, Hadiahkan Gelang RM10K Untuk Umisya
Aslam beri kejutan bunga dan hadiahkan gelang emas RM10K untuk Umisya? Netizen bersimpati dengan Marissa.
Aksi mesra pempengaruh media sosial, Umisya Mazlan dan suaminya Aslam mencuri tumpuan ramai. Dalam satu video yang kini tular di TikTok, Aslam dilihat membuat kejutan dengan menghadiahkan Umisya jambangan bunga.
Di ruangan komen, ada netizen mendedahkan Aslam baru-baru ini telah menghadiahkan Umisya gelang emas berharga hampir RM10,000.
Video sweet Aslam dan Marissa undang perhatian
Ramai yang menyifatkan tindakan Aslam seolah-olah mahu memenangi semula hati Umisya selepas pelbagai kontroversi sebelum ini.
“Pasangan ni datang kedai emas last month kot, memang sweet sebab Aslam belikan Umisya gelang tangan almost 10k. Seller sumpah terharu.” – Netizen
“Leave him Marissa”

Rata-rata netizen menyokong usaha Aslam dalam memperbaiki hubungan mereka. Tak kurang juga, yang bersimpati dengan nasib isteri kedua Aslam iaitu Marissa Dania.
“Leave him Marissa even it’s hurt… tapi lagi sakit bila kita yang try hard untuk orang tu stay dalam hidup kita. Leave this family.” – Netizen
Namun ada juga yang terus mengecam Marissa dan menyifatkannya sebagai punca keretakan hubungan terdahulu.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM