
Trending
Aslam ‘Back Up’ Isteri Pertama, Umisya Mazlan
Umisya Mazlan dikritik selekeh kerana berpakaian longgar. Aslam tampil mempertahan dan beri sindiran padu.
Pempengaruh, Umisya Mazlan sekali lagi menjadi bualan apabila tampil dengan gaya pakaian longgar ketika berada di tempat awam.
Menurut Umisya, dia lebih selesa berpakaian sebegitu agar mudah mengerjakan solat fardhu, lebih-lebih lagi ketika keluar bersama keluarga.
Menerusi satu video di TikTok, Umisya dilihat mengenakan pakaian ‘matchy’ bersama suaminya, Aslam dan anak mereka, Haya.
Netizen kata selekeh, Aslam ‘naik angin’!
Walau bagaimanapun, ada netizen yang menyifatkan penampilan Umisya itu sebagai selekeh kerana sering memakai pakaian ‘baggy’.
Namun, Aslam segera tampil mempertahankan isterinya daripada tohmahan tersebut dengan komen pedas.
Daripada kau pakai sendat-sendat. Tengok pun tak selera. Berlemak-lemak.
Netizen sokong Umisya, puji Aslam

Kalau korang tengok ruangan komen, rata-rata netizen memuji penampilan sopan Umisya yang tetap bergaya sambil menjaga aurat.
Ada yang kagum dengan Aslam yang lantang mempertahankan isteri pertamanya daripada kecaman tidak berasas.
Pssttt! Menutup aurat bukan alasan untuk tidak bergaya. Tapi bergaya tanpa melanggar batas syariah adalah satu bentuk penghormatan pada diri sendiri.
Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
