Connect with us

Oh! Media

Teman Wanita Perjelas Panjang Lebar Kenapa Sanggup Sebar Video Pelakon Lelaki Ghairah Cium Wanita

Oh! Artis

Teman Wanita Perjelas Panjang Lebar Kenapa Sanggup Sebar Video Pelakon Lelaki Ghairah Cium Wanita

Sebelum ini kami ada melaporkan yang tular satu video di Tiktok menunjukkan seorang pelakon lelaki sedang ghairah mencium seorang wanita di kelab malam.

ADVERTISEMENT

BACA : Pelakon Lelaki Ini Akhirnya Mengaku, Kantoi Ghairah Cium Wanita Di Kelab Malam

Pelakon, Ameerul Asyraf telah mengaku individu di dalam video itu adalah dirinya dan menjelaskan rakaman itu adalah pada sekitar tahun 2019. Dia juga buntu mengapa video tersebut dimuat naik semula di Tiktok oleh teman wanitanya, Eyra Zirah.

Menurut laporan mStar, Eyra mengaku silap apabila memuat naik video Ameerul cium bersama seorang wanita itu dan mengatakan yang dia terlampau ikut emosi selepas berang menerima video berkenaan dari individu yang tidak dikenali.

Tanpa bertanya atau memberitahu pelakon itu, Eyra terus memuat naik di Tiktok tanpa menyangka yang ianya tular.

Sebenarnya ada orang hantar video tu. Saya tidak tahu pun video itu video lama ke apa.

Kitakan perempuan, bila saya terima video tu terus emosi rasa tidak stabil.

Selepas saya menghantar video itu kepadanya, saya terus menyekatnya di WhatsApp. Saya rasa dia pun ada menghubungi keluarga saya, tetapi saya tidak mahu melayan kerana mahu diberikan masa.

Eyra juga mengatakan yang dia akan padam video itu kerana keluarganya tidak pernah ajar kalau orang buat salah, kita buat balik kepadanya.

Sebenarnya ada orang hantar video tu. Saya tidak tahu pun video it video lama ke apa. Bila saya terima video tu terus emosi rasa tidak stabil.

Waktu itu saya memang marah dan tidak boleh berfikiran waras. Saya mengaku memang salah saya terus viralkan video tersebut.

Pulak dah! Janganlah terus buat sesuatu keputusan kalau emosi tengah tak stabil. Apapun, semoga yang baik-baik saja.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas