Connect with us

Oh! Media

Pelakon Lelaki Ini Akhirnya Mengaku, Kantoi Cium Wanita Di Kelab Malam

Oh! Artis

Pelakon Lelaki Ini Akhirnya Mengaku, Kantoi Cium Wanita Di Kelab Malam

Sebelum ini kami ada melaporkan yang tular satu video di Tiktok menunjukkan seorang pelakon lelaki sedang ghairah mencium seorang wanita di kelab malam. 

ADVERTISEMENT

BACA : Pelakon Lelaki Kantoi Sedang Ghairah Cium Wanita Di Kelab Malam

Menurut laporan mStar, pelakon Ameerul Asyraf tampil berhubung video itu dan mengaku bahawa individu tersebut adalah dirinya dan mengatakan yang ianya adalah rakaman lama yang diambil sekitar tahun 2019.

Video tersebut diberikan kepada teman wanitanya, Eyra Zirah sebelum ini. Ameerul juga buntu mengapa video tersebut dimuat naik semula di Tiktok sekarang.

Lelaki dalam video itu memang saya tetapi ia adalah kisah silam saya. Saya tidak tahu jika ada pihak tidak berpuas hati dengan saya sebab pelik juga kerana baru sekarang nak sebarkan?

Sebelum ini, teman wanita Ameerul itu mendedahkan bahawa pelakon berkenaan telah berlaku curang selain kecewa kerana lelaki itu telah berjanji mahu mengikat tali pertunangan pada tahun ini.

Ameerul berkata dia tidak sempat menjelaskan apa-apa kepada Eyra kerana wanita itu terlebih dahulu memuat naik video berkenaan di TikTok dan enggan memburukkan keadaan.

Saya memang rapat dengan dia. Eyra pun ada temani saya ke lokasi penggambaran tapi buat masa ini biarlah saya fokus keluarga dan karier. Kewangan pun belum stabil untuk berkahwin.

Pelakon itu juga mengatakan yang dia dan Eyra memang sedang berkawan saja dan tidak pasti dari mana munculnya dakwaan bahawa mereka akan bertunang.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas