Connect with us

Oh! Media

Tampil ‘Unik’ Di ABPBH34, Busana Aina Abdul Curi Tumpuan

Oh! Artis

Tampil ‘Unik’ Di ABPBH34, Busana Aina Abdul Curi Tumpuan

Penyanyi berbakat besar, Aina Abdul yang sering tampil dengan fesyen unik sekali lagi mencuri tumpuan ramai apabila menggayakan busana serba hitam di sesi karpet merah Anugerah Bintang Popular BH ke-34 (ABPBH34).

ADVERTISEMENT

BACA: Ada Maksud Tersendiri, Ini Rupanya Inspirasi Baju Sarat Aina Abdul, Kreatif Sungguh!

Apa yang menariknya kali ini adalah gumpalan kain yang membentuk hijab penyanyi lagu Sumpah ini. Difahamkan, busana unik ini hasil rekaan Behati.

Meninjau ke ruangan komen posting yang dibuat EH!Malaysia, orang ramai meninggalkan pelbagai reaksi melihat Aina menggayakan fesyen itu. Sekali pandang, macam bunga ros hitam pun ada. Apa pendapat korang?

Menurut netizen, walaupun dianggap pelik, Aina Abdul sememangnya dikenali sebagai seorang artis yang berani menggayakan fesyen yang lain dari yang lain.

Tidak kurang juga yang melabelkan penyanyi ini sebagai ‘Lady Gaga’ Malaysia. Wow!

Kredit: EH!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas