Connect with us

Oh! Media

Afdlin Shauki Perjelas Gurauan Terhadap Aina Abdul, Tampil Mohon Maaf

ohmedia ohmedia featured afdlin shauki aina abdul

Trending

Afdlin Shauki Perjelas Gurauan Terhadap Aina Abdul, Tampil Mohon Maaf

Afdlin Shauki tampil memohon maaf kepada Aina Abdul selepas gurauan di FFM35, sementara netizen turut membangkitkan isu keselamatan haiwan liar.

Intipati berita

  • Afdlin Shauki tampil menjelaskan gurauannya terhadap Aina Abdul ketika mengacarakan Festival Filem Malaysia ke-35 (FFM35) selepas menerima perhatian ramai.
  • Akui dirinya peminat Aina Abdul dan sudah lama mengikuti perjalanan seni penyanyi itu, termasuk mengagumi identiti fesyennya yang tersendiri.
  • Tegaskan tiada niat memperlekehkan fizikal Aina, sebaliknya gurauan tersebut berkaitan saiz busana dan penampilan penyanyi itu di hadapan kamera.
  • Mohon maaf secara terbuka jika gurauannya membuatkan Aina kurang selesa dan turut menyatakan hasrat untuk bekerjasama dengannya pada masa akan datang.

Pelakon dan pengarah, Afdlin Shauki tampil memberikan penjelasan berhubung gurauannya yang menyebut nama penyanyi Aina Abdul ketika mengendalikan Festival Filem Malaysia ke-35 (FFM35), baru-baru ini.

Menerusi satu kenyataan yang dikongsikan, Afdlin menjelaskan bahawa dirinya sebenarnya merupakan peminat Aina dan sudah lama mengikuti perjalanan seni penyanyi tersebut sehingga berjaya membina nama dalam industri hiburan tanah air.

IKLAN

Apa kata Afdlin Shauki?

View on Threads

Menurut Afdlin, dia sebenarnya sudah lama mengikuti perjalanan seni Aina Abdul dan mengagumi usaha penyanyi itu dalam membina nama serta identiti tersendiri dalam industri hiburan.

Malah, dia menyifatkan Aina sebagai antara artis tempatan yang berani bereksperimen dengan fesyen sehingga penampilannya mudah dikenali orang ramai.

Dia buat dengan begitu konsisten sampai orang nampak busana dari jauh pun dah tahu, ‘Ha, itu mesti Aina Abdul.’

Itu namanya branding yang menjadi.

Apa maksud sebenar gurauan di FFM35?

afdlin shauki

Mengulas mengenai gurauan yang menjadi perhatian ramai itu, Afdlin menjelaskan bahawa dia menyebut nama Aina kerana mengagumi identiti fesyen penyanyi berkenaan.

Jelasnya, jenaka tersebut berkaitan saiz busana dan bagaimana penampilan pakaian berkenaan mungkin memberi kesan kepada pandangan kamera sekiranya Aina berada di barisan hadapan.

Dalam masa sama, Afdlin menegaskan bahawa dia langsung tidak berniat memperlekehkan fizikal penyanyi itu.

Malah, dia sendiri mengakui pernah berdepan dengan pelbagai komen mengenai bentuk tubuh badannya.

Bagaimanapun, Afdlin tidak menolak kemungkinan gurauan tersebut disalah tafsir sehingga membuatkan Aina berasa kurang selesa.

Disebabkan itu, dia mengambil kesempatan untuk menyampaikan permohonan maaf secara terbuka kepada penyanyi berkenaan.

Aina, kalau cara abang bergurau malam tu buat Aina rasa tak selesa, abang minta maaf. Abang tak berniat nak menyindir Aina.

Malah, Afdlin turut menyatakan hasrat untuk bekerjasama dengan Aina Abdul sekiranya diberikan peluang pada masa akan datang.

Tambahnya, cara masyarakat menerima sesuatu gurauan juga sudah banyak berubah berbanding ketika dia mula-mula menceburi bidang pengacaraan.

Menurutnya, potongan video daripada sesuatu acara kini boleh tersebar dengan pantas dan mengundang pelbagai tafsiran berbeza.

Justeru, dia berharap penjelasan yang diberikan dapat mengelakkan salah faham dan menghargai segala teguran daripada orang ramai.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri Penulis
Penulis berita dan kandungan digital di Oh! Media yang memfokuskan kepada isu semasa, automotif, teknologi, gaya hidup dan perkembangan tempatan. Beliau menghasilkan kandungan berita, informasi serta kandungan digital untuk pembaca Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas