
Oh! Artis
“Steady Lah Ustaz Favorite Malaysia” – Caprice Kongsi Video Terbaru Ebit Lew
Caprice kongsi sesi live dua ‘ustaz’ raih gift di TikTok, netizen kecewa!
Baru-baru ini, penyanyi terkenal Caprice mencuri perhatian ramai selepas berkongsi satu rakaman sesi live TikTok membabitkan Ebit Lew dan Ustaz Tido.
Perkongsian itu disertakan kapsyen ringkas, “Steady lah ustaz favorite Malaysia,” yang dipercayai ditujukan secara sinis kepada mereka yang digelar ‘ustaz’ oleh netizen.
Ustaz Tido dan Ebit Lew beradu ‘PK’
Rakaman itu menunjukkan mereka sedang dalam sesi pertarungan ‘PK Live’ dengan jumlah gifting points yang tinggi.
“Cap dah lama pesan, kita yang lalai” – Netizen mula bersuara

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa kecewa dan sinis terhadap tindakan tersebut yang dianggap menjatuhkan maruah golongan agamawan.
Dalam masa dunia sedang bergolak dan umat Islam diuji dengan pelbagai cabaran, netizen turut mempersoalkan keutamaan sesetengah pihak yang menjadikan platform Live sebagai ‘pentas’ mencari populariti dan wang ringgit.
