Connect with us

Oh! Media

Snoop Dogg Pakai Baju Jersey Kelab JDT Muncul Dalam Lagu ‘Pioneers’

Ohmedia snoopdogg jdt

Oh! Artis

Snoop Dogg Pakai Baju Jersey Kelab JDT Muncul Dalam Lagu ‘Pioneers’

Akhirnya terjawab sudah sebab mengapa lagenda hip hop, Snoop Dogg sebelum ini dilihat bekerjasama dengan Joe Flizzow. Rupanya, mereka nak siapkan lagu rasmi pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang baru sahaja dilancarkan hari ini.

BACA: Ini Apa Yang Dikatakan Snoop Dogg Tentang Penyanyi Rap Malaysia

Juara Liga Super Malaysia, JDT dalam satu majlis mengumumkan kerjasama strategik baharu mereka bersama Universal Music Asia Tenggara (UM SEA) dan Def Jam Recordings SEA. Kerjasama ini bagi merealisasikan lagu tema rasmi kelab itu yang bertajuk ‘Pioneers’. Korang dah boleh layan lagu ni dekat YouTube JDT bawah ni.

IKLAN

PIONEERS by Snoop Dogg & Joe Flizzow

Gandingan artis bangsa Johor bersama Snoop Dogg

Ketika majlis perasmian, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, TMJ bertitah sudah tiba masanya memartabatkan lagu tema JDT ke peringkat antarabangsa di mana ‘Pioneers’ menceritakan cabaran dan pengalaman yang diharungi JDT hingga ke tahap ini.

Tunku Ismail bersama Kim Lim (dua dari kanan) dan Norman serta Joe Flizzow bergambar bersama selepas mendatangani perjanjian pengedaran keluaran lagu "Pioneers" oleh Snoop Dogg dan Joe Flizzow sebagai Lagu Tema Rasmi JDT 2022 di Ibu Pejabat Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim. FOTO Nur Aisyah Mazalan

Gandingan Snoop Dogg bersama artis Johor, Joe Flizzow sememangnya satu gandingan yang menakjubkan dan kami berharap Pioneers akan menjadi permulaan bagi jalinan kerjasama antara JDT dan Universal Music pada masa depan.

Lagu tema ini bukan saja amat bermakna bagi kelab malah penyokong JDT di seluruh negara. Saya yakin ia mampu mengukir senyuman tidak ternilai dalam kalangan mereka. Ia akan menjadi sumber inspirasi bagi pasukan JDT bagi terus meraih kejuaraan. – Titah TMJ.

Setakat ini lagu Pioneers sudah mendapat tontonan lebih 70,000 dan mendapat respon yang sangat baik dari peminat.

Screen shot 2022 03 17 at 105937 pm 2

Kredit: Harian metro

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas