Connect with us

Oh! Media

Ini Apa Yang Dikatakan Snoop Dogg Tentang Penyanyi Rap Malaysia

hip hop

Oh! Artis

Ini Apa Yang Dikatakan Snoop Dogg Tentang Penyanyi Rap Malaysia

Bagi mereka yang meminati muzik rap dan hip-hop, pastinya mengenali rapper terkenal dunia Snoop Dogg. Nama itu tidak asing lagi dalam dunia muzik rap selepas menghasilkan banyak karya terhebat sejak dahulu lagi.

ADVERTISEMENT

Penyanyi rap tempatan juga tidak kurang hebatnya dan kita dapat melihat banyak pemuzik undergroud melalui rancangan 16 Baris yang diketua Joe Flizzow.

Bagaimanapun, siapa sangka rancangan 16 Baris yang boleh ditonton di YouTube ini turut mendapat pujian Snoop Dogg. Dia berkongsi sedang menonton 16 Baris di Instagram Story miliknya dan memuji usaha mengetengahkan rapper underground.

Snoop Dogg turut meletakkan link YouTube untuk mengajak pengikutnya menonton siri 16 Baris yang menampilkan penyanyi Bunga, Noki dan Wo Shi Jay. Ini pastinya menggembirakan pemuzik tempatan selepas berjaya menarik perhatian rapper antarabangsa.

Ramai tonton semula siri 16 Baris 2 tahun lalu kerana Snoop Dogg

Melihat pula perkongsian Joe Flizzow di Instagram, ternyata dia ada berkongsi gambar bersama-sama Snoop Dogg dalam sesi panggilan Zoom. Difahamkan, pertemuan mereka itu berlaku pada pagi tadi.

Joe turut menyatakan dia sangat sukakan kerjanya. Adakah ini bermakna akan ada kolaborasi khas antara mereka dengat rapper legend ni? Jika apa yang dibayangkan ini menjadi kenyataan, sudah tentu ia akan mengangkat industri muzik hip hop tanah air negara ke peringkat lebih tinggi. Sama-sama kita nantikan.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Teruskan membaca..

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas