Pelakon Sharnaaz Ahmad tampil memuji tindakan berani tiga penyampai radio segmen 3 Pagi Era iaitu Nabil Ahmad, Radin dan Azad Jasmin yang mengaku bersalah berhubung dakwaan mempersenda upacara agama Hindu baru-baru ini.
Menurut Sharnaaz, sikap mereka yang tidak gentar mengakui kesilapan dan memohon maaf secara terbuka wajar dihormati, lebih-lebih lagi selepas isu ini mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan rakyat Malaysia.
Saya tahu anda bertiga sekarang dalam keadaan yang sangat down. Di sini, apa yang kalian buat adalah salah, sangat salah.
Jangan sesekali kita mempermainkan apa-apa agama langsung di Malaysia. Sebab itu bukan budaya orang Malaysia.
Sharnaaz Ahmad ajak semua bertenang, beri peluang kedua…
Tapi saya tetap perlu beri respect kepada kalian bertiga sebab berani mengaku salah dan mengaku sudah buat satu kesilapan yang besar. Termasuk berjumpa dengan orang yang sepatutnya dan minta maaf.- Katanya.
Sharnaaz turut menyatakan bahawa setiap manusia pasti melakukan kesilapan dan percaya bahawa mereka bertiga wajar diberikan peluang kedua untuk menebus kesalahan tersebut.
IKLAN
Setiap manusia buat silap dan orang yang mengaku silap mereka wajib kita beri peluang kedua, itu sahaja. Kembali kuat.
Kami sebagai orang Islam dan Melayu, akan sentiasa berada di belakang kalian semua. Cuma apa yang kalian buat tetap salah dan kesilapan telah diakui. Bagi aku benda itu adil.- Katanya lagi.
Dalam masa yang sama, pelakon itu juga mengharapkan agar kaum India yang terasa hati dengan isu ini dapat menerima permohonan maaf mereka bertiga dan terus bergerak ke hadapan tanpa membiarkan perpecahan berlaku.
Kepada rakan-rakan India yang aku sayang, kami menyesal sekali manusia buat silap dan mereka sudah meminta maaf. Kita move forward dan bersatu kembali.- Jelasnya.
#ApaKataOhmedia
Menghormati kepelbagaian kaum dan agama adalah asas keharmonian dalam negara kita. Setiap individu perlu lebih peka dalam menjaga sensitiviti masyarakat, lebih-lebih lagi di platform media yang mempunyai pengaruh besar.
Namun, dalam masa yang sama, kita juga harus belajar memaafkan mereka yang benar-benar insaf dan mahu menebus kesilapan mereka.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM