Connect with us

Oh! Media

Sharifah Rose Anggap Babak Bersentuhan Dengan Lelaki Sebagai Tanggungjawab Seorang Pelakon

sharifah rose

Oh! Artis

Sharifah Rose Anggap Babak Bersentuhan Dengan Lelaki Sebagai Tanggungjawab Seorang Pelakon

Sebelum ini, Ohmedia ada kongsi seorang pelakon wanita yang merasakan babak sentuhan adalah sebagai isu kecil je. Sebelum itu, tular juga di laman Instagram sebuah hantaran video yang dimuat naik oleh selebriti media sosial, Sharifah Rose memaparkan rakaman belakang tabir bersama pelakon, Nabil Aqil.

ADVERTISEMENT

BACA: Sharifah Rose Rasa Babak Bersentuhan Sweet Dan Benda Kecil Jer, Tak Mahu Penonton Rasa Bosan

Menerusi video tersebut, Rose dan Nabil dilihat melakonkan babak pernikahan di dalam drama Ku Punya Hati dimana mereka bersentuhan untuk menyarung cincin.

Susulan itu, pelakon berusia 24 tahun tahun itu mengakui masih tahu batas dalam lakonan dan bersetuju babak yang memerlukan bersentuhan merupakan isu sensitif terutama untuk pelakon wanita bertudung.

Tapi kalau macam babak saya pengsan dan pelakon lelaki perlu angkat atau tolong saya, itu saya tak dapat elak.

Namun, Rose menganggap perkara itu adalah tanggungjawabnya sebagai seorang pelakon untuk melaksanakan tugasan yang diberi.

Itu adalah tanggungjawab seorang pelakon. Bukan nak cakap saya tak kisah, tapi saya masih tahu batas.

Dalam pada itu, Rose atau nama sebenarnya Sharifah Rose Sabrina Syed Mohd Mazfira berkata dia masih dalam proses memperbaiki diri menjadi pelakon yang lebih baik. Bagaimanapun, Rose tetap tidak mengatakan apa yang dilakukannya itu betul kerana salah tetap salah.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas