Connect with us

Oh! Media

Sharifah Rose Rasa Babak Bersentuhan Sweet Dan Benda Kecil Jer, Tak Mahu Penonton Rasa Bosan

sharifah rose

Oh! Artis

Sharifah Rose Rasa Babak Bersentuhan Sweet Dan Benda Kecil Jer, Tak Mahu Penonton Rasa Bosan

Sharifah Rose, pelakon wanita yang semakin meningkat naik selepas bergandingan bersama Nabil Aqil dalam drama Ku Punya Hati.

ADVERTISEMENT

Lakonan sweet suami isteri Sharifah dan Nabil dalam drama ni bagaimanapun membuatkan ramai rasa kurang senang kerana ada beberapa aksi bersentuhan. Ini sudah pasti tidak sesuai dengan imej Sharifah yang bertudung.

Sharifah rasa okay jer dengan benda kecil-kecil tu…

Sedar dengan kritikan yang diterima, Sharifah memaklumkan dia dan Nabil tiada masalah untuk menjayakan babak sweet antara suami isteri.

Setiap aksi yang dibuat adalah atas persetujuan semua pihak dan benda yang kecil-kecil (bersentuhan) tu kita okay jelah.

Untuk babak cabut uban tu, saya rasa benda tu cute, bonding time suami isteri. Takkanlah setiap masa nak duduk sebelah menyebelah. Jadi bosanlah, tu yang wujudnya scene sweet-sweet. – Jawab Sharifah kepada mStar.

Dalam pada itu, dia juga memaklumkan sudah menyiapkan mental untuk berhadapan dengan keadaan ini sejak drama belum ditayangkan lagi. Jadi, kecamlah macam mana pun dia tetap akan fokus pada kariernya sebagai pelakon.

Kita sudah berikan teguran selebihnya kita serahkan pada tuan punya badan. Doakan jer yang baik-baik ok.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas