Oh! Artis
“Semoga Pengakhiran Baik” – Penampilan Terkini Saiful Malaysia Idol Buat Netizen Terkedu
Lama tak muncul di kaca TV, penampilan terbaru Saiful Malaysia Idol mengejutkan ramai.
Lama tak dengar khabar tentang Saiful, bekas peserta Malaysia Idol musim pertama, kini namanya kembali menjadi bualan hangat di media sosial.
Penyanyi kelahiran Sarawak ini pernah mencuri perhatian sebelum ini apabila tampil dengan imej feminin dan kali ini penampilannya nyata lebih mengejutkan ramai pihak.
Saiful satu ketika dahulu

Dalam satu video yang tular baru-baru ini, Saiful dilihat berpenampilan sepenuhnya seperti wanita.
Dengan rambut lurus paras bahu dan bentuk tubuh menyerupai wanita termasuk bahagian dadanya, penampilannya membuatkan ramai netizen tergamam.
Saiful terkini, masih hebat menyanyi
Video tersebut menunjukkan Saiful duduk sambil menyanyikan lagunya yang popular suatu ketika dahulu, Ku Juga Mencintaimu, di hadapan sekumpulan individu yang mengelilinginya.
Walaupun ramai terkejut dengan penampilan terbarunya, netizen tetap tidak menafikan bakat vokalnya yang masih mantap.
Serious la ini rupa terbaru dia? Tapi vokal tetap sedap ye.
Penampilan dan suara Saiful sekali lagi membuktikan bahawa bakat seni tidak akan pudar walaupun bertahun tidak muncul di kaca TV.
Pssttt! Saiful salah seorang peserta rancangan realiti yang menyerlah sangat dulu kan? Maklumlah comel dan bermuka jambu. Tak sangka dah berubah sepenuhnya.
Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM