Oh! Artis
”See You In Court” – Iman Troye Dan Aliff Syukri Bergaduh Sebab Lagu Raya?
Penyanyi jelita, Iman Troye sekali lagi mencuri perhatian netizen selepas memuat naik video dirinya dalam perjalanan ke balai polis susulan pergaduhan dengan Aliff Syukri menerusi siaran langsung di TikTok.
Difahamkan, konflik ini bermula apabila Iman tidak bersetuju dengan hasrat usahawan itu yang mahu mengeluarkan lagu raya.
Dia nak keluar lagu juga, borak macam sedap sangat lah suara dia tu kan.
Orang dah halang bapa, anak pula keluar lagu. Lepas tu bapa dia nak keluar lagu juga.
Kenyataan ini dikatakan membuatkan Aliff Syukri terasa hati, sehingga menimbulkan pertengkaran antara mereka secara terbuka.
Aliff Syukri didakwa tak puas hati?
Menurut Iman, dia tidak mempunyai masalah jika perkara ini dibawa ke mahkamah, kerana baginya, pendapatnya itu turut dipersetujui ramai.
Dia tak puas hati dengan apa yang Iman cakap.
Dia nak buat live, Iman ikut tapi jadi besar sebab kami bergaduh dalam live tu.
Iman Troye sedia disaman
Penyanyi itu juga menegaskan dia bersedia berdepan dengan saman, jika benar Aliff Syukri mahu mengambil tindakan undang-undang.
Kalau betul Dato’ nak saman saya, Dato’ call lawyer Dato’, saya call lawyer saya. Tak ada masalah.
Kalau ini pengakhirannya, tak apa. See you in court.
#ApaKataOhmedia
Sebelum mudah terpengaruh dengan kontroversi selebriti, penting untuk kita nilai sama ada ia isu serius atau sekadar gimik pemasaran. Apa pun, harapnya pergaduhan ini dapat diselesaikan dengan baik.

Jap!
Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Tiktok Iman Troye
Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27
OH! MEDIA 08/05/2026 8:30 PM