
Oh! Artis
“Saya Serik” – Lama Membujang, Adibah Noor Tampil Beri Penjelasan
Oleh
Adibah Noor merupakan seorang pelakon dan penyanyi tanah air yang mula menapak dalam industri muzik sejak tahun 1995 dan namanya sehingga kini masih meniti di setiap bibir masyarakat.
BACA: Adibah Noor Berhasrat Ajar Bahasa Inggeris Di DidikTV
Siapa sangka, penyanyi berusia 51 itu sebelum ini pernah menjadi guru Bahasa Inggeris selama dua tahun dan juga merupakan duta bagi pusat beli belah The Store.
Selama 26 tahun melakar nama dalam industri, dia juga pernah hadir dalam beberapa buah lagu dan salah satunya berjudul Terlalu Istimewa yang seakan-akan menjadi pemicu aras akan kejayaannya.
Tidak hairanlah jika di umur kini, Adibah Noor masih meneruskan rentak nyanyiannya dengan menyertai program realiti, Gegar Vaganza (GV) dan menjadi antara peserta pilihan untuk menjuarainya.
Lama hidup membujang, Adibah Noor serik dikecewakan lima lelaki
Bagaimanapun, dilihat akan status terkininya yang lama membujang, sudah pasti akan menerima pelbagai persoalan daripada netizen akan sebab dirinya tidak berkahwin sehingga sekarang.
Menurut penyanyi itu, dia mengakui kehidupan bujangnya adalah cukup sempurna tanpa kehadiran lelaki sekaligus menegaskan dirinya selesa bergerak secara ‘solo’.

Tambahnya sebelum ini, dia pernah lima kali dikecewakan oleh kerana kelima-lima bekas kekasihnya langsung tiada niat untuk menghalalkannya menyebabkan dia serik untuk hidup berumah tangga.
Jujur saya pernah putus cinta sebanyak lima kali. Pengalaman pahit itu buatkan saya dah tak sanggup alami masalah yang sama lagi.
Semua lelaki itu tak nak kahwin dengan saya. Jadi saya serik.
Rela hidup bersendirian, faktor usia jadi ‘alasan’
Selain itu, peserta Gegar Vanganza musim ke-8 itu mengakui faktor usia yang kian meningkat menjadi sebab utama dia rela hidup tanpa kehadiran seorang lelaki disampingnya.
Lebih baik jaga diri sendiri, keluarga dan fokus terhadap kerjaya seni. Keluarga pun tak pernah desak.
Sejak solo, saya membela kucing hampir 20 ekor. Hidup saya cukup sempurna tanpa kehadiran seorang lelaki bernama suami.
Walaupun hidup menyendiri, namun Adibah Noor tetap meluahkan rasa syukurnya kerana terdapat ramai rakan baik disekelilingnya yang sanggup susah senang bersama.
Sekadar info, Adibah Noor sebelum ini telah menduduki tempat ketiga dalam minggu ke-3 GV8 selepas cemerlang membawa lagu All I Ask dengan meraih markah setinggi 81.30 peratus.
Ahad ini pula, dia bakal mendendangkan lagu bertajuk Jika dalam minggu ke-4 yang bertemakan ‘Berdiri Bulu Romaku’ dan sudah pasti banyak kejutan yang bakal dipersembahkannya nanti.
Kredit: Kosmo!
