Connect with us

Oh! Media

Adibah Noor Berhasrat Ajar Bahasa Inggeris Di DidikTV

Oh! Artis

Adibah Noor Berhasrat Ajar Bahasa Inggeris Di DidikTV

Sebelum ini, penyanyi popular Adibah Noor telah menegur sebutan bahasa Inggeris seorang menteri dan mendapat perhatian ramai.

ADVERTISEMENT

Terbaru, Adibah Noor menyatakan minatnya untuk mengajar subjek bahasa Inggeris selepas pihak kerajaan akan membuka saluran DidikTV Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Hasratnya itu dinyatakan di Twitter miliknya yang turut menyatakan dia memiliki Ijazah Sarjana Muda (dengan kepujian) dalam pengajaran bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua.

Saya nak offer (tawar) diri kepada @KemPendidikan, untuk jadi perantara yang ‘mengajar’ bahasa Inggeris di Didiktv, boleh? – Tulisnya.

Bagaimanapun perkongsian Adibah Noor ini mungkin telah dipadam selepas mendapat 19,500 like.

Untuk pengetahuan korang, siaran DidikTV ini telah bermula pada hari Rabu 17 Februari 2021 dan boleh ditonton di saluran 107 MYTV atau saluran 147 di Astro ataupun saluran ntv7 di TV Unifi.

Anak-anak boleh memulakan pembelajaran seawal jam 7 pagi hingga 12 tengah malam setiap hari. Semoga usaha baik ini dapat diteruskan.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas