Connect with us

Oh! Media

Bujang Tarik Nafas Lega! Bantuan Sara Sehingga RM100 Mula Masuk Hari Ini

Ohmedia gaji Minimum Duit

Trending

Bujang Tarik Nafas Lega! Bantuan Sara Sehingga RM100 Mula Masuk Hari Ini

Bujang layak terima bantuan Sara sehingga RM100 sebulan bermula hari ini. 16 Januari.

Golongan bujang yang layak di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (Sara) bakal menerima bantuan bulanan sehingga RM100 mengikut kelayakan masing-masing bermula hari ini, 16 Januari.

Menurut laporan Kosmo, perkara itu dimaklumkan Kementerian Kewangan menerusi perkongsian berkaitan tarikh penyaluran bantuan Kerajaan Madani di Facebook semalam.

3.1 Juta bujang layak terima Sara

Wang Simpanan

Menurut maklumat dikongsikan, seramai 3.1 juta individu bujang berusia 21 hingga 59 tahun layak menerima Sara bulanan mengikut dua kategori:

IKLAN
  • RM50 sebulan bagi mereka berpendapatan RM2,500 dan ke bawah
  • RM100 sebulan bagi penerima berpendapatan sama yang turut tersenarai sebagai penerima e-Kasih

Bantuan ini akan dikreditkan terus ke dalam MyKad penerima yang layak.

Isi rumah dan warga emas dah terima awal

Penjawat Awam

Dalam pada itu, penyaluran Sara bulanan bagi isi rumah dan warga emas telah mula disalurkan lebih awal iaitu pada Jumaat lalu.

Manakala, semua rakyat Malaysia berusia 18 tahun dan ke atas pula bakal menerima bayaran one-off RM100 yang dijadualkan pada 9 Februari 2026.

Selain Sara, Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 juga akan mula dibayar bermula 20 Januari, sekali gus memberi sedikit kelegaan kepada rakyat dalam mengharungi kos sara hidup.

Pssttt! Pastikan maklumat peribadi dan status kelayakan sentiasa dikemas kini. Bantuan ini kecil nilainya, tetapi besar maknanya jika diurus dengan bijak.

Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas