Oh! Artis
Dr Fie Akui Bukan Mudah Nak ‘Move On’ Selepas Lebih Sedekad Bersama Nubhan
Dr Fie akui proses move on bukan mudah dan masih perlukan masa selepas kemelut rumah tangga bersama Nubhan.
Kadang dalam hidup, ada perkara yang mengambil masa lebih lama untuk diterima hati. Itu juga yang dilalui bekas isteri kepada penyanyi Nubhan Ahmad, Dr. Afifah Hidayah atau Dr Fie, bila dia sendiri mengaku perjalanan untuk move on bukanlah sesuatu yang mudah. Lagi pula, hubungan mereka bukan sehari dua, tapi sudah lebih sedekad bersama.
Bercakap tentang ‘move on’, nanti kalau saya ‘move on’ cepat sangat pun salah dan sebaliknya. Jadi saya mohon berikan saya masa.- Katanya.
Dia menjelaskan bahawa hubungan mereka bermula sebagai kawan, jadi untuk sesuaikan diri dengan keadaan sekarang memang perlukan masa. Semua itu tak boleh dipaksa dan dia mohon diberi ruang.
Masih tonton Gegar Vaganza demi anak-anak

Walaupun sedang melalui fasa sukar, Dr Fie tak nafikan dia tetap menonton Gegar Vaganza musim ke 12 yang disertai Nubhan. Bukan sebab dia nak ikut perkembangan suami, tetapi kerana anak-anak ingin melihat bapa mereka bertanding di pentas.
Tipulah kalau kata saya tak tengok. Anak-anak nak tengok abah mereka menyanyi, jadi bagi saya tidak menjadi masalah. Lagipun, saya sendiri memang peminat Akademi Fantasia sejak zaman sekolah dulu. – Kongsinya lagi.
Hak jagaan kekal diberikan kepada Dr Fie

Semalam, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam sudah pun memberikan hak jagaan kekal untuk ketiga-tiga anak Nubhan kepada Afifah. Menurut peguam Syarie yang mewakili Afifah, Datuk Akberdin Abdul Kader, keputusan itu dibuat hasil persetujuan kedua belah pihak dalam majlis sulh sebelum disahkan mahkamah.
Dalam perkembangan sama, Nubhan turut memfailkan pengesahan dua lafaz cerai dan satu lafaz rujuk di Mahkamah Rendah Syariah Sepang, melibatkan lafaz pada 2017, Ogos lalu, serta satu lafaz rujuk selepas talak pertama. Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya Kamilia, 8, Ahmad Aaffan, 6, dan Afzan Nayillle, 3.
Pssttt! Ohmedia harap korang yang melalui situasi sama jangan paksa diri untuk move on cepat. Setiap orang ada masa dan cara masing-masing, yang penting jaga hati dan jaga anak-anak sebaiknya.
Kredit: HibGlam
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM