Connect with us

Oh! Media

“Saya Akui Silap…” – Amir Ahnaf Tampil Mohon Maaf Berhubung Babak ‘Soft Po*n’

Amir Ahnaf

Oh! Artis

“Saya Akui Silap…” – Amir Ahnaf Tampil Mohon Maaf Berhubung Babak ‘Soft Po*n’

Sebelum ini, pernah kecoh babak ‘soft po*n’ yang dilakonkan oleh pelakon Amir Ahnaf dalam sebuah drama Syurga Itu Bukan Mudah dan telah menceruskan kemarahan orang ramai.

ADVERTISEMENT

Babak berkenaan memaparkan Amir sedang asyik menikmati layanan seorang wanita yang ketika itu berada di bawah meja ketika dia sedang melakukan kerja.

BACA: Amir Ahnaf Dikecam Dek Kerana Babak ‘Soft Po*n’, Wanita Buat Aksi Bawah Meja

Terkini, Amir tampil memohon maaf secara terbuka berhubung dengan adegan panas tersebut sewaktu ditemu bual oleh pihak media.

Saya sedar isu itu menyentuh sensitiviti rakyat Malaysia. Saya akui silap dan mohon maaf atas apa yang berlaku.

Menurut pelakon yang berusia 23 tahun itu, dia sedar dengan kecaman yang diberi dan hanya mengakui perlu bertanggungjawab untuk melunaskan tugas sebagai pelakon.

Amir Ahnaf

Naskhah seterusnya saya akan pilih yang terbaik dan yang lebih elok, insya-Allah.

Bila isu itu tular, saya terima dengan seadanya sahaja. Malah saya akui berat hati untuk lakonkan babak itu.

Bukan itu sahaja, Amir mendedahkan dia sendiri tidak mengetahui babak berkenaan wujud di dalam naskhah dan hanya mengetahuinya semasa penggambaran dijalankan.

Waktu saya terima tawaran tersebut, saya belum dimaklumkan tentang jalan cerita drama tersebut.

Skrip diterima selepas seminggu kontrak ditandatangani. Kemudian berlaku perubahan draf sepanjang penggambaran.

Amir Ahnaf

Sewaktu ditanyakan mengenai respon keluarganya, Amir atau Muhammad Amir Ahnaf Mohd Khairudin berkata dia lega kerana ibu bapanya faham akan kerjayanya sebagai seorang pelakon.

Saya dah tanya keluarga saya, dia okay. Mereka tahu ini kerja.

Untuk penjelasan kepada penonton pula, ia hanya ‘cheat shoot’ (teknik kamera).

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


https://www.tiktok.com/@ohmedia/video/7317957600492965122?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7135797539647243778

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas