Connect with us

Oh! Media

Sah! Mahkamah Tolak Rayuan Ali Puteh Isu Bayaran Ganti Rugi Saman Fitnah Kakak Ipar

Rayuan Ali Puteh

Oh! Artis

Sah! Mahkamah Tolak Rayuan Ali Puteh Isu Bayaran Ganti Rugi Saman Fitnah Kakak Ipar

Februari lalu, Hakim Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur memerintahkan pelawak Ali Puteh membayar ganti rugi sebanyak RM60,000 kepada kakak iparnya, Nor Hidayah.

Difahamkan, Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan disaman fitnah kerana mengeluarkan kata-kata mengaibkan kakak iparnya itu di Instagram, dua tahun lalu.

BACA: Akhirnya Selesai, Nor Hidayah Menang Kes Saman Fitnah Lawan Ali Puteh

IKLAN

Terbaru, rayuan Ali Puteh dan tiga ahli keluarganya berhubung bayaran ganti rugi saman fitnah tersebut telah ditolak Mahkamah Tinggi.

Rayuan ditolak

Mahkamah turut menolak rayuan balu arwah Abam untuk menaikkan jumlah ganti rugi yang dibenarkan Mahkamah Sesyen pada Februari lalu.

Article 2 19 2

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh dalam prosiding hari ini juga menolak rayuan Ali Puteh dan tiga ahli keluarganya untuk ketepikan keputusan Mahkamah Sesyen yang menolak tuntutan saman dibuatnya terhadap Norhidayah dan Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman.

Difahamkan, saman yang dibuat Ali berkaitan temubual yang dibuat Aliff Syukri bersama Norhidayah di laman Youtubenya.

Menurut peguam yang mewakili Ali Puteh, Noorazmir Zakaria, dia tak dapat sebarang arahan untuk mengemukakan rayuan baru daripada anak guamnya.

Katanya, Ali Puteh tak ada bersama ketika prosiding yang dijalankan secara tertutup melalui Zoom hari ini.

Kredit: Harian Metro

Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas