Connect with us

Oh! Media

Akhirnya Selesai, Nor Hidayah Menang Kes Saman Fitnah Lawan Ali Puteh

hidayah menang saman

Oh! Artis

Akhirnya Selesai, Nor Hidayah Menang Kes Saman Fitnah Lawan Ali Puteh

Hakim Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur, Zulqarnain Hassan hari ini memerintah Ali Puteh atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak membayar ganti rugi sebanyak RM60,000 kepada Nor Hidayah.

ADVERTISEMENT

BACA: ‘Masalah Kami Belum Selesai’ – Ali Puteh Jawab Tuduhan Lepas Tangan

Ini sekaligus memberikan Nor Hidayah kemenangan ke atas kes saman fitnah yang difailkannya terhadap adik iparnya, Ali Puteh.

Peguam yang mewakili Nor Hidayah, Mohamed Ibrahim Mohamad berkata, hakim pada prosiding yang dilakukan pagi ini membuat keputusan menolak tuntutan yang dibuat keluarga Allahyarham Abam dengan kos.

Tuntutan kami (Nor Hidayah) terhadap Ali Puteh dibenarkan dengan kos.

Kata peguam lagi, keputusan yang dibuat hakim ini dipercayai dapat membersihkan kata-kata negatif yang dilemparkan kepada anak guamnya.

Sebelum ini dikatakan ada pihak telah dianiaya oleh anak guam, namun mahkamah jelaskan tidak berlaku sebarang penganiayaan sebaliknya anak guam kami yang dianiaya.

Mengulas kepada kemenangan ini, Nor Hidayah berkata dia berasa sangat lega dan meminta orang ramai mendoakan yang terbaiknya buatnya dan anak.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas