Connect with us

Oh! Media

Rajin Buat Video Sedekah, Baim Wong Dikecam Hina Orang Tua Mengemis Wang

Oh! Artis

Rajin Buat Video Sedekah, Baim Wong Dikecam Hina Orang Tua Mengemis Wang

Muhammad Ibrahim atau dikenali sebagai Baim Wong merupakan seorang pelakon lelaki berbakat dari indonesia yang terkenal dalam dunia sinetron.

ADVERTISEMENT

BACA: Baim Wong Timang Cahaya Mata Kedua, Kenzo Eldrago Wong Nama Diberi

Baim juga pernah berlakon dalam drama di Malaysia. Penglibatannya dalam industri tersebut berjaya melonjakkan namanya sehingga di kenali masyarakat di negara ini.

Selain itu, pelakon berusia 40 tahun itu juga dilihat sangat aktif dalam saluran YouTube serta telah banyak menghasilkan konten menolong orang miskin serta memberikan sedekah kepada orang ramai.

Tayang wajah anak kedua

Bagaimanapun, pelakon tersebut juga turut berkongsikan kegembiraannya di laman Instagram selepas telah menimang cahaya mata kedua baru-baru ini.

Dia juga turut berkongsikan wajah anak lelakinya yang bernama Kenzo Eldrago Wong di media sosialnya itu sambil menzahirkan rasa syukur ke atas kelahiran itu.

Menerusi perkongsian itu, rata-rata netizen turut mengucapkan tahniah kepada pelakon itu selain memuji kecomelan yang tak tumpah seperti ayahnya.

Baim wong sound orang tua minta sedekah?

Umum mengetahui, Baim menerusi saluran YouTube-nya telah menghasilkan pelbagai konten berkaitan amal jariah serta membantu orang yang susah.

Namun, lain pula cerita apabila konten amal jariah yang dibuatnya itu telah dikecam teruk oleh netizen selepas dikatakan telah memarahi seorang warga emas yang ingin meminta bantuan.

Perkara itu dikongsikan oleh seorang pengguna aplikasi TikTok bernama borneopedia memaparkan video pendek membabitkan hal kontroversi itu.

@borneopedia

semoga bapak mendapatkan rezeki ditmpat lain@Baim Wong

♬ suara asli – Borneopedia – Borneopedia

Menerusi video tersebut, disaat Baim sedang memberikan sedekah kepada peniaga jalan serta rider, dia menyedari terdapat seorang pakcik tua yang mengekorinya sejak dari tadi.

Berasa kurang senang, Baim dilihat mempersoal sebab mengapa pakcik itu mengekorinya sebelum individu itu menjelaskan ingin menjual barang kepadanya.

Kemudian, pelakon itu dilihat memarahinya sambil menyatakan bahawa seseorang perlulah bekerja untuk mendapatkan wang dan bukan dengan hanya mengemis sahaja.

Baim dilihat terus menyambung amal jariahnya dengan memberikan wang kepada rider-rider sebelum beredar dengan menggunakan kenderaan mewahnya.

Netizen beri kecaman

Menjengah pada ruangan komen, rata-rata netizen dilihat memberikan kecaman kepada pelakon tersebut selain turut menyuruh Baim agar beradab terhadap orang yang lebih berusia.

Setakat ini, perkongsian itu telah mencapai lebih dari 7 juta tontonan serta seramai 379,000 telah meninggalkan komen.

Kredit: Instagram Baim Wong I TikTok borneopedia

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas