
Oh! Artis
Baim Wong Timang Cahaya Mata Kedua, Kenzo Eldrago Wong Nama Diberi
Oleh
Baim Wong yang merupakan pelakon popular di Indonesia, kini telah menimang cahaya mata kedua yang diberi nama Kenzo Eldrago Wong.
BACA: Ini Rupanya Alasan Kenapa Baim Letak Nama Haiwan Pada Anak Lelakinya
Pada sabtu lalu, Baim Wong, suami kepada pelakon Paula Verhoeven telah memuat naik gambar bayi lelaki mereka di Instagram.
Teman main bola

Menurut Mstar, Isteri kepada Baim Wong selamat melahirkan seorang putera seberat 3.7 kilogram secara pembedahan di sebuah hospital, di Menteng Jakarta. Berita ini dikongsi oleh salah seorang doktor yang berada di hospital tersebut.
Doktor Tiwi juga ada memberi sedikit “clue” kepada pembaca bahawa Baim Wong bakal menerima cahaya mata lelaki.
Abang Kiano Tiger Wong sudah ada teman main bola. -Doktor Tiwi
Dengan status seperti itu, rata-rata semua tahu bahawa Baim Wong bakal mendapat anak lelaki. Baim Wong telah bernikah pada 22 November 2018 dan mempunyai seorang anak lelaki berusia 2 tahun yang bernama Kiano Tiger Wong.
Comel betul anak kepada Baim Wong ini. Semoga semuanya dipermudahkan buat Baim Wong sekeluarga dan anak-anak lelakinya menjadi anak yang akan berbakti kepada orang tuanya.
Kredit: Mstar
